Sunday 11 December 2016

Fastabiqul Khairat !

Assalamualaikum ^_^

Lama tak update, bukan lama tak update blog, tapi lama tak update entry "tazkirah" atau
"materi" atau "pengisian" , haa banyak lagi la istilah, tapi yang penting penulisan bukan 
luahan mahupun curhatan. Eh! sempena dengan Maulidur Rasul esok, nak la post satu entry 
khas untuk Rasulullah SAW dan ummatnya (mata love love)

Islah Nafsak, Wad'u Ghairak (baca: Perbaiki dirimu, seru selainmu)
Image result for buat kebaikan

Saya rasa fitrah manusia memang mahu melakukan kebaikan. tak kira terhadap siapa,
di mana, usia berapa, dengan cara apa sekalipun. Sebab buat baik ni, Allah janjikan pahala.
Kalau nak senaraikan firman-firman Allah tentang buat baik ni memang banyak kot.
takpa nanti saya akan selitkan beberapa ayat quran yang cross my mind. Mungkin ada banyak kot
cara nak jadi baik. Pemikiran bahawa "tunggu baik baru ajak orang kepada kebaikan" itu
sangat tak logik. Kalau nak tunggu diri anda benar-benar baik, betul-betul alim, Allah
kesian kat orang-orang yang dahagakan sentuhan kita kat luar sana. Huhu.
Apa kata kita ubah, jadi "ajak orang kepada kebaikan dan dalam masa yang sama perbaiki
diri kita untuk jadi lebih baik" tak molek gitu? (kenyit mata!)

"Jika kamu berbuat baik berarti kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka kerugian kejahatan itu untuk dirimu sendiri.." Al-Isra' 17:7

Kebaikan tu untuk diri kita, tapi kita tak nak lepaskan peluang untuk ajak orang lain buat kebaikan juga kan? Kita mesti lah tak nak baik sorang-sorang, tak nak masuk sorga sorang-sorang, kita nak ada supporter kalau kita buat baik, jadi sebarkanlah kebaikan dan tetaplah istiqamah. Ni haa saya bagi tips sikit nak buat baik acane. Hihi.


Jadi Qudwah (contoh )
Kalau kita ni tak reti nak ajak orang buat baik guna mulut, inshaAllah kita boleh je "mulakan"
satu kebaikan tu. Bukan lah hanya kepada orang yang tak mahir mengajak tapi mungkin juga
kepada orang-orang yang susah nak dengar apa yang kita katakan. Jadi, kita tunjukkan dia
satu demi satu kebaikan. Jangan lupa doa dan tajdid niat. Kita nak diri kita baik dan kita nak orang
sekeliling kita pun baik juga. Action speaks louder than words kan, so kita mulakan kebaikan
yang simple, inshaAllah mula dengan simple orang senang nak ikut. Bila orang dah ikut, tetap istiqamah supaya orang tu rasa ada supporters. Bila orang dah ikut tu, percayalah Allah tak kan
sia-sia kan usaha kita dan menjanjikan ganjaran yang lumayan. Eh, bila orang tu dah buat kebaikan,
jangan lupa mintak dia 'tunjukkan' kepada orang lain pula. Nanti sama-sama dapat kebaikan dan
pahala. Eh kejap, kejap. Jangan salah tafsir, menunjuk kat sini bukan bermaksud riak, tapi
bermaksud untuk menjadi contoh atau bahasa formalnya "role model" untuk orang di sekeliling
kita. yang ikut tu nanti bukan yang nak berubah ja, tapi yang dah baik pun nak jadi lebih baik.
Betul tak?

"Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai
orang-orang yang berbuat kebaikan" Al-Imran 3:148

Jadilah pemula untuk kebaikan!

Nak berubah, abaikan kata-kata negatif 
Kita kalau nak berubah, pasti ada ujian kan? Lah, biasa lah tu memang fitrah jalan menuju Allah
ni payah, tapi ganjaran nya lumayan. Sebab apa? sebab sorga tu mahai. Takdanya Allah nak bagi
chance senang-senang nak masuk sorga tanpa hisab kan melainkan kes-kes tertentu. Hehe. Tapi, ada banyakkk cara untuk kita masuk sorga, tapi takkan saya nak senaraikan kat sini kan? Jadi ceritanya, bila kita nak berubah jadi lebih baik, kita kena betulkan niat. Biar niat kita kerana Allah, jadi bila
dapat ujian dan dugaan, kita berbalik kepada Allah, tujuan perubahan kita. Allah tu Maha Pengasih jadi dia takkan biarkan hambaNya macam tu saja. Teruslah berubah dan buat kebaikan. Mulakan dari yang mudah, sikit yang penting istiqamah tau! Tu kunci utama nak berubah. Walau apa pun orang kata, orang ungkit masa silam kita, teruskan perubahan kita. Teruskan buat baik , mana tahu lama-lama nanti orang tu pulak yang terikut dengan perubahan kita, Subhanallah, tak ke kita dapat extra bonus kat situ? Ehem. Jangan give up okay.

"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan" Hud 11:115

Berubahlah kerana Allah supaya nanti kamu tetap ada Allah sebagai "the only savior" !

Kalau tak dapat buat baik, jangan menyokong kejahatan
Wah deepnya ayat tu kan. Ye lah perkara ni sekarang sangat 'biasa' dalam realiti masyarakat akhir zaman ni. Bila tak buat kebaikan, tapi menyokong pulak kemaksiatan. Jangan ingat maksiat ni buat zina je, tak tak! Maksiat ni adalah segala bentuk perkara yang Allah larang kita buat, dapat dosa. Haa, cuba check balik, muhasabah balik, adakah anda salah seorang yang mempunyai ciri-ciri seperti ini? Kalau kita tak dapat nak buat baik, jangan lah kita menyokong kejahatan, tapi sebaiknya kita tegur orang yang melakukan maksiat tu, ataupun kita ambik tindakan dan paling tak pun kita diam tapi kita membenci apa yang dia lakukan. Ada yang connect something? Yes betul. itu ada hadisnya dan dalil pun ada.


Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”

(Riwayat Muslim)

Tapi nak dijelaskan kat sini, kalau yang pertama kita boleh buat, kita buatlah. Paling kurang pun dengan lisan. Tapi bila kata dengan hati adalah selemah-lemah iman, maksudnya kalau ikut logik akal fikiran, kita cegah guna hati maksudnya iman kita memang sedang lemah . Allahu . Jadi, kalau kita boleh dan nak kan kebaikan untuk kita dan orang lain kita cegahlah dengan tangan & lisan. 

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia" Fussilat 41:34 

Maksudnya kita menegur kesalahan itu dengan hikmah dan lemah lembut supaya orang itu dapat menerima apa yang kita tegur. Kena lah tengok kan orang tu macam mana perwatakan dia, kalau dia jenis boleh direct, kita boleh tegur direct. Kalau tak, kena lah pandai cari cara. Sebarkan kebaikan, hapuskan kejahatan! Kalau nak bagi contoh takut terasa pula. Bukan nak kata contoh, tapi memang realiti zaman sekarang. Okay, saya straigth to the point je keh. Bila tengok kawan anda dah mula nak pandai-pandai kapel, anda tak perlu lah pergi kata "oh so sweet, yerr maju dah kawan aku ni" . Kata-kata seperti ini lah yang dimaksudkan dengan menyokong kemaksiatan. Kalau anda sebut macam tu kat kawan anda yang dah selesai nikah tak kisah lah. Ini kapel, masih belum halal. Contoh lain, selebriti yang dulunya hot setap sangat sekarang dah berubah secara drastik. Tak payahlah anda pergi share dan ungkit kembali kisah silam dia. Aib tahu tak? Jadi, berhati-hati lah dalam pertuturan seharian kita. Biar kita berhenti sekejap sebab nak fikir daripada kita menyesal di hari kemudian. Sebarkanlah kebaikan :)


Sampai sini dulu lah, cukuplah tiga tips saja walaupun sikit tapi kalau dapat diamalkan memang thorbaekkk lah!

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya, tak lupa untuk rujukan orang lain juga :)
wallahualam, kalau ada silap sila betulkan. kalau terasa, saya minta maaf. saya nak tegur tapi
mungkin ini yang saya mampu (susahnya blog tak ada emoticon) harap faham.

semoga Allah redha.
Buat baik dan ajak kepada kebaikan adalah sunnah Rasulullah, jadi jom
kita sambung sunnah Rasulullah yang mulia ni ! Ayoo rek ! (Jom kawan :Jawa)
jom selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sanah helwah ya Rasulullah!
semoga kita berpeluang bertemu Rasulullah di akhirat kelak sebagai pemberi
syafaat daripada Allah SWT.

Image result for buat kebaikan

Esok masih cuti, semoga masa lapang terisi dengan baik! Jom buat kebaikan & sebarkan! :)

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...