Dari Mata - Zill Qayyim

Assalamualaikum I'm back. Back on track.
Bismillahirrahmanirrahim.

Eh, nak taip lirik lagu Jaz ker?
Pandai je awak buat assumption kan?
Kalau kenal penulisan saya, awak tahu lah saya nak bicara tentang apa :)

Siapa pernah dengar lagu Jaz ni? Ish jangan bohong kata tak pernah.
Lagu sekarang sana sini je berkumandang, walaupun bukan niat kita nak dengar.
Tapi kadang-kadang kena "ikut" sikit trend sekarang, tapi kena bijak.
Jangan ikut sampai "melebur" kata Kak Yaya eh (icon monyet tutup mulut)
Dan bagi saya, nak dengar tu boleh tapi cuba teliti maksud setiap baris liriknya. Haa gituu.

Dari mata.

Dan cinta.

Ya kita tahu dari pandangan mata ke mata itu lah , akan turun ke hati.
Eh ada yang menyayi ke tu? opps.
Dan dari situ lah syaitonirrojim mula berbisik ke telinga kaum adam dan hawa.
Sebab dari pandangan mata, dia punya pandangan tu power sampai boleh
rasa kat hati. Amboii. Amboii. Jangan dok pandang lama sangat. Kalau sekali tu
tak apa lah, rezeki kan. Tapi yang kedua dan seterusnya tu, DOSA kalau belum nikah hihi.
"Ala, pandang je pun. Bukan buat zina"
A'ah betul tu memang pandang jepong, tapi bila dah turun ke hati? Bukan ke zina hati?

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
Artinya :Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. QS. Al-Israa' (17) Ayat 32


See, Allah dah larang kita mendekati zina, tu baru larang mendekati zina sebab Allah tahu Dia akan mengazab orang yang berbuat zina dengan azab yang pedih. Allah dah kata zina adalah perbuatan yang keji dan mendekati zina itu adalah suatu jalan yang buruk. Nauzubillahi min dzalik. Mendekati sahaja sudah dilarang apatah lagi melakukannya.


Dan .. sebab itu jugalah turun ayat ni.

Allah berfirman :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31].

Anjuran daripada Sang Pencipta, untuk tundukkan pandangan. Pandangan tu guna mata kan, haa sebab tu la dari mata kita kena jaga supaya tak rosakkan hati kita. Bukan hanya lelaki yang perlu tundukkan pandangan, tetapi juga perempuan! Allahu anak-anak muda zaman sekarang, kesian ada jugak ye la sebab medsos (media sosial) zaman sekarang menyebabkan susah untuk kaum adam dan hawa nak tundukkan pandangan. Dari mata, dari pandangan mata ke perkara-perkara yang haram , lepas tu jatuh ke hati merosakkan iman dan seterusnya tak dapat nak kawal nafsu. Jagalah mata, jagalah pandangan, inshaAllah hati kita terpelihara.

Dalam surah An-nur tu Allah bagi amaran dua benda. Satu jaga mata, satu lagi jaga maruah. Huhu. Kalau ikut logik akal, memang kebanyakan maksiat bermula dari mata. Dari mata boleh buat zina. dari mata boleh tengok perkara-perkara lagha & melalaikan, dari mata memerhati dan seterusnya mencontohi. Kalau kita kesian kat mata kita, kita jagalah pandangan kita. mata tu ada hak, nanti mata tu jadi saksi apa saja yang kita lihat di dunia. Allahu, sendiri type sendiri rasa sentap. Kalau nak tekankan tentang hubungan sebelum halal memang sangat typical la. Dari mata lah, akan jatuh ke hati. lepas dah jatuh kat hati mula lah suka. lepas suka mula lah contact, dah contact nanti tak puas mula lah... Astaghfirullah. Buka mata luas-luas, pergi cari Jumlah kes buang bayi & bayi lahir luar nikah berapa setiap hari???

Jagalah mata, jangan dekati zina. Kapel tu part of zina. kapel tu tak ada dalam islam. kapel tu pun tak jamin tu jodoh anda. jagalah maruah wahai kaum hawa. mahalkan dirimu, kalau betul lelaki minat, dia pergi jumpa wali bukan anda. Kalau dia tak pernah sebut tentang nikah, baik tinggalkan saja. Dan kaum Adam, jagalah maruah. Anda belum tentu lelaki kalau anda hanya mempermainkan perasaan hawa dan tak berani jumpa wali wanita yang anda suka. Jaz kata matamu melemahkanku, haa memang pandangan mata ni sangat power sampai boleh melemahkan iman kita. Dan Jaz jugak kata dari mata boleh nampak bayang orang tu, mashaAllah tu la zina hati. Dari zina mata tengok lebih dari sekali, jatuh ke hati tu zina hati selalu teringat dan terbayang wajah ajnabi, nanti dah jumpa zina anggota badan pulak. Ada kebenaran dalam lirik tapi hmm pandai fikir lah.

"Kalau benar cinta, pasti membawa ke syurga. Kalau sebaliknya, itu bukan cinta yang hakiki" Hilal Asyraf.

saya suka ayat ni dan saya pegang ni sebagai prinsip cinta saya. kita nak cinta kita dapat redha Allah, tapi kita buat seolah-olah menolak redha Allah tu, how we expect to enter paradise with our loves one?

okay, tak nak cakap panjang lah, nanti orang taknak baca. Sebab mostly orang yang terasa dia akan tutup tab ni, atau dia terus baca tapi dalam hati menolak, menafikan, atau kalau makcik hidayah dan pakcik taufik datang waktu dia baca mungkin dia akan ambik masa untuk buat keputusan , semoga keputusan itu diredhai Allah.




Eh belum habis lagi la. 
ada dua topic guna judul yang sama ;) 

Dari mata, jatuh ke hati. 
Yang ni versi halal, tapi bukan tentang cinta pasangan halal. 
Tapi tentang ukkhuwah, cinta sang murobbi pada mutarobbi , cinta sang mad'u kepada da'ie . 

Pertama kali jumpa, bersalaman , bertentang mata, cipika cipiki (cium pipi kanan cium pipi kiri) bila dah pulang, rindu dia mashaAllah rasa macam dah 10 tahun kenal. 

Pertama kali disentuh dengan tarbiah, kita fokus mendengar penyampaian sang murobbi
sehingga mata tak berkelip melihat wajahnya , sehingga isi penyampaian meresap ke dalam hati. mashaAllah power nya mata. 

Pertama kali melihat mad'u dengan pandagan kasih sayang, semakin mudah untuk bergerak
meneruskan tugas-tugas muayasyah dan dakwah fardhiah. mata yang menyebarkan kasih sayang. 

Dari mata, lidah kelu membuat diri untuk sentiasa berkata jujur walaupun perit, 
semata kerana kasih sayang yang tersemat di dalam hati.

Dari mata, kadang kata-kata tak dapat diluahkan
hanya dengan air mata boleh memberi sejuta makna dan jawapan.

Dari mata jatuh ke hati.
Begitulah sepatutnya komunikasi harian kita dengan mad'u kita. dengan sahabat-sahabat kita.
Mata menjadi suatu yang unik dan penting. mata tu jugak simbol komunikasi yang berkesan. 
Mata juga berupaya untuk memahami. 

dari mata, jatuh ke hati.
Jagalah mata, pasti hati terjaga.

:) 

Image result for ukhuwah


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Akhawat Hebat, Penyebar Manfaat :)

A tribute to Ohana Henshin 1.0