Monday 6 February 2017

Akhawat Hebat, Penyebar Manfaat :)


Assalamualaikum to my beloved readers.
Haa entry kali ni just nak share apa yang saya dapat kat Program Sabtu lepas.
Tu kat atas tu la tajuk program tu. Interesting tak? ^_^
Talk ni was delivered by Kak Salwa, one of superb akhawat that I know :)

Before start mukadimmah kan,
she asked us, apa expectation untuk talk kali ni?
Aaa, gelabah lah tu nak fikir, tapi sepatutnya tu dah ada dalam otak kita
sebelum melangkah keluar rumah nak gi tempat program kan.
So, I just said that I want to improve myself in DnT (baca: dakwah dan tarbiah)
Dan major expectation adalah nak tambah ilmu, nak tau tips dan nak tahu sesuatu
yang baru. That's it !

Kak Salwa tanya satu phrasa tentang diri seseorang.
Dah boleh agak dah siapa, tapi tak confident aduh! haha.
cara Imam Hasan al banna memperkenalkan diri dia, superb wehh.
Nak tau? google lah , hihi biar ada usaha sikit kan. ~kekeke~

And then, dia tunjuk beberapa nama tokoh wanita islam yang memang
qowiy di zaman nabi dan di zaman sekarang.
antaranya ialah Asiyah , Khadijah, Zainab Ghazali, Nusaybah, Sumayyah
Wardina Safiyyah, Dr Harlina dan Kak Anfaal.
Saya punya lah confident kata yang hujung tu Kak Aisyah muharikah (icon monyet tutup mata)
Okay malu salah teka. takpa konfiden kena ada. (salah tempat weii) haha
Nak tahu kisah mereka? Jom sama-sama luang masa cari dan baca kisah mereka.
Mereka pun manusia biasa, mereka pun wanita, mereka pun hidup macam kita
tapi mereka dah berjaya dan masih berusaha untuk buat yang terbaik,
tak mustahil kita pun boleh jadi hebat macam mereka kan???

Hashtag1#
Cari Inspirasi (role model)
Kita kadang kalau nak ada extra semangat, kita kena ada role model.
Kalau kak Salwa, dia kata Kak Anfal tu inspirasi dia. kalau saya? Ada tapi belum kenal sangat
hihi. nanti la cari bio dan how she can inspire me.

kita tengok Nabi Muhammad SAW.
Role model kita, kenali cara hidup baginda, apa yang bagina makan dan cita-cita baginda?

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Al-Ahzab: 21

Rasulullah ni :
- semangat ajak manusia ke jalan Allah
- Tahu jalan yang panjang, manis dan menuju Allah
- Bukti : Setiap yang dijumpai akan diajak
- Ingin sama-sama merasai kemanisan iman dan Islam
- yakin jalan penyelamat adalah dakwah dan buat kebaikan

Hashtag2#
Begin with an end in mind (matlamat)
Kita kena tahu kenapa kita ada kat sini? siapa kita? ke mana kita?
Kalau kita telusuri kisah Nabi Adam AS yang dikeluarkan dari sorga ke dunya
Haa kita boleh ambik ibrah dari kisah tu. dan yang paling penting nak di highlightkan kat
sini adalah, haa yang ni pun saya dah terfikir tapi tak confident nak jawab mak aiii.
Kalau peristiwa tu tak berlaku, maka tak ada manusia , kita pun tak lahir tau tak?
Haa, kisah Nabi Adam tu cuma asbab kewujudan manusia :)

Dan Allah pun dah ada jawapan untuk kita.
Kalau jadi akhawat kena tahu dan hafal kod ni , 2:30 & 51;56
kod tu surah dan ayat alquran okay hehe.
bila kita dah tahu, inshaAllah kita tahu matlamat hidup kita apa.
mati dan ke syurga.
tapi semasa hidup, kena ada matlamat. kena ada perancangan.
apa yang kita nak capai? apa bekalan untuk kita ke sorga?
dan di dunia ni kita nak jadi bermanfaat untuk orang lain bagaimana?

If you fail to plan, you plan to fail - Stephen Covey
I keep hearing people say "aa takyah plan, biar last minit baru jadi"
No, sometimes apa yang kita plan boleh jadi dengan izin Allah.
Dan kalau tak jadi tu maksudnya Allah plan yang lebih baik untuk kita.
Kalau semua fikir macam tu, semua ada mindset macam tu , mak aii buku planner tu
kenapa orang cipta? Haa, planner ni la yang membantu kita mencapai matlamat kita.
tak banyak kalau ada sikit pun syukur sangat , daripada tak ada apa-apa kan.
we should plan, for it is first way to success - eymah eh ~kekeke~

Hashtag3#
Guna Media sosial untuk dakwah dan sebarkan kebaikan
sekarang zaman dah canggih, apa kata kita gunakan untuk dakwah.
smartfon, laptop yang mewah kita ada tu bukan kita punya sehinggalah
kita guna ke jalan Allah. itu semua pinjaman, why not kan kita manfaatkan
pinjaman Allah untuk Allah dan ummah.



فَوَاللهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً، خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

“Demi Allah, jikalau Allah memberi hidayah kepada satu orang dengan sebab dirimu, hal itu benar-benar lebih baik bagimu daripada unta-unta merah.” [Muttafaqun Alaihi]

Ni adalah satu hadis yang best sebab kalau kita berjaya buat ni mashaAllah ukhti, 
teruskan! Nikmatnya bila kita boleh jadi asbab orang dapat hidayah dari Allah kan.

Kita kena bijak set target (matlamat) kita. Make sure :
- cemerlang
- khusus 
- jelas
- boleh diukur
- munasabah
- ada jangka masa. 

Hashtag4#
Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita - Hasan Al Banna


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". Al-Qasas : 77

Ayat ni ringkas tapi padat. padat dengan isi. 
banyak tanggungjawab kita kat dunya, tapi kita buat macam takda tugas an?? 

Hashtag5#
Akhawat hebat, akan selalu tanya diri : 

"What can I give more?" 

instead of "what more I can get?"

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. Al-Imran : 30

Banyakkan memberi, inshaAllah itu yang lebih baik. 
What you give is what you get, keep this quote too. 
Kalau kita dah banyak menerima, why not we start to give? ^_^

Hashtag6#
Motivasi Diri 


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Nuh : 10-12 

Imej dan masa depan Islam di tangan pemuda, kita sebagai pemuda apa tanggungjawab kita 
pada ummah, pada islam? siapa pemuda? bagaimana pemuda hebat?
kita kena usaha jadi individu terbaik. anytime. anywhere.
Kita pasang niat, semua benda boleh jadi ibadah.
Banyakkan tafahum (saling memahami) dan takaful (saling membantu) 

so, this is short and sweet conclusion : 

* banyakkan istighfar 
* cari seorang untuk berkongsi
* challenge ourselves doing something different
* "buy in" parents/colleagues/ friends
* enjoy what you are doing

Haa, kak Salwa ada bagi task. 

satu, tentang masa yang kita ada. one day equal to 24 hours. 
try analisis mana masa anda yang aktif dan pasif.
then, cuba analisis aktiviti seharian anda termasuk weekend, produktif tak?
haa, kalau tak atau kurang, jom perbaiki.
Jangan kata tak ada masa, Allah bagi sama rata 24 jam sehari.

kedua, kami dapat kes 
"seorang yg aktif dakwah sbg penggerak, bila dah bfg, 
diberi tanggungjawab dakwah dan ada komitmen dengan keluarga, 
terima tak dakwah tu? apa solusi? hehe 
jawab sendiri :P 

sekian, saya share not exactly the same way Kak Salwa sampaikan.
Saya share guna cara saya tapi point hashtag tu memang dari kak Salwa okay!
hihi,semoga bermanfaat dan saling mendoakan untuk jadi lebih hebat!

choice is in your hand!

Kak Salwa bagi greenlight viral, so apa tunggu lagi? ^_^ 


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...