Wednesday 10 May 2017

You are not forgotten !

Assalamualaikum, lama tak update.
Entahlah idea tu ada tapi jari nak menulis tu dengan izin Allah.
Nak share tentang apa kali ni?

Sebelum ni banyak tentang jatuh je kan (baca:down)
Ada jugak tentang share ibrah program, mungkin kali ni... ?

Kalau nak tanya, so far selama anda hidup dalam fikrah Islam dan DnT (baca : dakwah dan tarbiyah)
Apa saja yang anda sudah capai? Berapa saja product yang anda dapat hasilkan? Tahap mana dah
perubahan anda sejak pertama kali terjebak dengan DnT? Sekerap mana anda mengorbankan harta dan jiwa : harta bukan setakat wang, tapi barang-barang yang anda miliki? Sekerap mana anda menangis, kecewa, gembira, marah, hampir berputus asa? Banyak mana ilmu yang anda sudah pelajari dan amalkan? Sebanyak mana sudah anda ditinggalkan dan meninggalkan jahiliyyah, manusia dan benda yang anda cintai? sebagus mana sudah anda menjadi qudwah pijak semut
 tak mati depan mad'u anda? sebanyak mana anda bermanfaat kepada manusia? sekerap mana anda telah melakukan pengorbanan? sebanyak mana anda menguasai ilmu yang telah anda peroleh?

And the list goes on . . .

Yang tu semua anda jawablah sendiri, kalau nak lebih efektif dalam muhasabah diri,
cuba anda senaraikan, dan hisablah diri anda sendiri sebelum dihisab oleh Allah,
diri sendiri menghisab diri sendiri ni lebih baik daripada kita menghisab manusia lain. Eh.

Apabila dah menjadi seorang murobbi ni, pendekatan yang kita guna dah tak sama,
apa yang kita dapat dah tak sama macam mana kita mula-mula merangkak seperti bayi dahulu.
Apa yang kita lalui pasti juga tak sama, apa yang kita korbankan pun tak sama.

Dah jadi murobbi ni semua kita kena buat sendiri, dah boleh berdikari.
Dah jadi murobbi ni kita tak dimanja (baca : di dakwah fardhiah) sekencang seperti dahulu.
Dah jadi murobbi ni kita kena jadi tegas dengan diri sendiri, jaga mutabaah amal sendiri
Dah jadi murobbi ni kita yang kena banyak berkorban jiwa dan harta. Dulu kita je yang dapat kan, kita tak jaga pun perasaan murobbi, kita siap dapat duit raya dari murobbi, belanja makan
tak yah cakap lah memang kenyang perut! Balik rumah dengan hati yang riang.
Dah jadi murobbi yang kita fikir banyak kepada jalan kerja dakwah, adik-adik yang kita bawa,
fikir macam mana nak jadikan usrah yang kita bawa tu efektif, kreatif dan menarik.
Dah jadi murobbi bukan setakat nak fikir adik-adik usrah je, tapi program lagi, mabit lagi
lagi lagi kalau anda jadi antara qaedah sulbah di sesuatu tempat (baca: tulang belakang)
bukan semua orang nak bekerjasama, bukan semua orang dah total tsiqah dengan anda anda tu.
Dan yang pasti bila anda dah jadi murobbi, dah masuk tanzim (baca : organisasi)
lagi mencabar bila kena suarakan pendapat, kena belajar terima pendapat, kena sesuaikan
diri dengan miscommunication yang akan biasa terjadi antara ahli tanzim.

And the list goes on too . . .

Begitulah, bila dah ada peningkatan tahap, meningkat jugalah amanah dan tanggungjawab
Dan seharusnya meningkat juga lah kematangan dan akhlak kita, sebab kita dah banyak
 pengalaman. Jangan sia-sia kan pengalaman kita, ya mungkin tempoh sekejap ke lama tak menentukan apa-apa tapi bila kita ni dah galas amanah dan tanggungjawab yang sama, dan goal kita sama jadi.. seharusnya kita bersama-sama untuk mencapai goal tersebut dan dalam masa yang sama
kita tak lupa benda-benda basic yang kita dah belajar dari first kita masuk dunia DnT
termasuklah tunjuk akhlak baik, jaga adab, jaga ikatan ukkhuwah, jaga komunikasi dan bertoleransi
dan banyak lagi.

Kalau sekarang memang struggle sebab usrah dalam talian sahaja.
Sebenarnya ada ja orang yang hebat hasil usrah on9, jadi tak ada masalah kita nak
jadi hebat juga melalui usrah on9, Bak kata Muharikah dalam buku Lagenda Budak Usrah,
kita ni selalu down kalau pengisian sesuatu program tak membasahi jiwa,
pengisian murobbi dalam usrah bosan dan tak best , tak deep.
Tapi sebenarnya yang menjadikan kita sentiasa basah dan iman kita hidup tu bukan pada
pengisian usrah dan program, tapi pada amal-amal kita, tarbiyah dzatiyah kita, mutabaah amal kita.
Semua tu, kalau kita tak jaga memang la kita kering, nak harap usrah, bukan setiap hari setiap jam.
Semua perlu bermula dari diri kita sendiri. diri kita yang bermasalah kalau kita down.
Jangan salah usrah, jangan salahkan murobbi, jangan salahkan dakwah dan tabiyah .
Tapi muhasabah balik diri anda sendiri, sejauh mana anda istiqamah menjaga tarbiyah dzatiyah
diri anda, mutabaah amal anda buat kerana Allah atau sebab murobbi nak check?
Kalau pengisian dalam usrah. mabit , daurah atau mana-mana majlis ilmu yang mampu
memenangi hati dan membasahi jiwa anda, itu adalah satu bonus! Manfaatkan bonus tu
untuk upgrade amal-amal kita supaya jiwa dan hati kita terisi sentiasa.

Mungkin sekarang bila dah bergelar murobbi, kita rasa macam kurang diperhatikan,
kurang kasih sayang, kurang dimuayasyah dan kurang dimanja oleh murobbi kita.
Tidak, Jangan rasa begitu. Prosesnya masih sama cuma kita tak boleh nak expect
we will get it all now sebab kita pun dah bawak usrah, kita pun perlu "memberi".
murobbi saya pernah kata, banyakkan memberi daripada menerima, inshaAllah kita
rasa puas dan bahagia. Dan banyak juga yang kita dapat belajar dari memberi.
Anda tidak dilupakan andai menjadi murobbi, tetapi anda dianggap sudah besar oleh ibu anda
sudah pandai berdikari dan sudah dapat membuat keputusan dan memimpin adik-adik
yang lain. Indah sebenarnya usrah ni, kalau anda syukuri seperti sebuah keluarga besar anda.

Jadi anda sebagai mutarobbi,
mereka itu manusia biasa yang ada juga perasaan dan tugasnya
hargailah pengorbanan mereka, hormatilah mereka walaupun muda dari usiamu
beradablah dengan akhlak yang baik terhadap mereka.
mereka sudah all out buat semua benda untuk anda
mereka sanggup korbankan masa, harta dan jiwa mereka untuk anda
mereka sanggup memerah otak memikirkan bagaimana usrah yang "happy circle"
supaya anda tidak bosan dan masih mahu istiqamah
mereka tak minta banyak, cuma mereka ada satu harapan besar untuk anda
mereka mahu anda berjaya dunya wal akhirah!
dan bersama masuk je sorgaNya <3

Jadi apa yang dapat disimpulkan...

Menjadi murobbi harus berjiwa besar

Menjadi murobbi harus sedia berkorban

Menjadi murobbi harus sentiasa memperbaiki diri dan orang lain

Menjadi murobbi harus banyak memberi

Dear murobbians, you are not forgotten!
May Allah bless all your deeds , grant all of your efforts and tiredness with Jannah!


Image result for best quotes


































No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...