Tuesday 4 July 2017

Review Buku Inche Gabbana

Assalamualaikum
emm saja ja nak buat review, belum ada rezeki nak terbit buku sendiri ni
nak la tolong promote buku-buku Inche Gabbana keluaran Wahai.
Saya nak kata kipas-mati-susah belog APG tu emm kipas lah jugak haha
so far saya dah ada koleksi buku IG ni sampai APH je, novel akhi belum
ada rezeki nak beli, tak tahu nak beli kat mana macam belum restock.

okay seteret to the point je lah. saya akan review satu persatu buku IG
yang alhamdulillah saya dah berjaya baca (sebab saya lambat membaca dan
tak rajin sangat nak membaca unless memang menarik minat) tahniah karangan
Inche Gabbana berjaya memikat hati untuk membeli dan membaca serta
menghadiahkan kepada sahabat lain. nampak tak kipas mati susah nya kat situ
(ikon monyet tutup mata)

Chenta
Alhamdulillah dapat buku ni dari murobbiah saya. Masa tu tengah stress dan down
tentang further study. nak kata la kat sini sebenarnya buku ni jadi "healing therapy"
untuk saya masa tu. Sebab dalam buku ni nama dah chenta memang bab 1 dah cakap
pasal bapa, memang hujan terus la sebab berkaitan dengan situasi. best la buku ni,
banyak cerpen-cerpen yang menusuk qolbu, membuka mata dan menyejukkan jiwa.
tak ingat sangat tapi ada la certain bab yang saya pernah alami situasi macam tu
dan makna chenta tu luas, lagi-lagi kalau IG ambik quotes Salim A. Fillah memang
masyukkk. satu ja rekemen saya tentang buku ni, baca lah supaya kita dapat tahu dan
faham lebih mendalam tentang chenta. :)



Ikhwah Pakai Jeans
Haa, buku ni best jugak sebab boleh jadi salah satu rujukan buat seorang dai'e.
Kadang kalau tengah down tentang dunia dakwah dan tarbiah cuba untuk baca balik
mana-mana bab yang terselak, mesti akan kena. kadang terfikir jugak macam mana
laa IG boleh buat buku macam ni, tulis entry belog yang best walaupun "dalam" sangat.
dan buku ni bukan sesuai untuk ikhwah je, tapi isi dia sebenarnya sesuai untuk semua.
valid untuk akhawat juga. memang la ada jugak tajuk ikhwah songsang ke, tapi kalau
saya baca saya tukar je kepada akhawat. bagi feel baca sikit. hehe. Dan buku ni pun
saya dapat dari sahabat yang saya DF dan sekarang jadi mutarobbi saya, eh siapa DF siapa
ni? haha. alhamdulillah jazakillah. buku ni pun sahabat saya selalu jadikan sharing dalam
tazkirah sebab isi dalam buku ni ringkas tapi padat, penuh dengan nasihat dan teguran.
bacalah sebab kalau kita lama tak ikut usrah sekalipun, boleh bantu istiqamah dalam
tarbiyah dzatiyah inshaAllah.


Biar Tak Glamour di Dunia Asal Popular di Langit Sana
Yupp buku ni pun best jugak (hakikatnya semua nya memang best) IG mohon kempiskan
hidung. buku ni main point dia tentang ikhlas. Memang selalu tersedak baca sebab biasalah
manusia selalu buat silap dan kadang-kadang tu leka, perlu dijentik sikit untuk sentiasa
beringat. daripada buku ni saya dapat belajar yang ikhlas tu sangat sukar, bukan semudah
bibir bicara, tapi nak tahu diri kita sendiri ni ikhlas ke tak tu pun susah. Allah je yang tahu.
dan selalu lah doa untuk Allah buka hati kita supaya ikhlas dalam apa saja yang kita buat.
dua puluh empat palang tujuh tu kita kena make sure ikhlas, dan harap diterima oleh Allah.
daripada buku ni jugak saya belajar supaya keep on buat sesuatu sungguh-sungguh and after
that ikhlas akan timbul. dan saya belajar bahawa dalam dunia DNT ni memang panjang dan
agak sukar bukan agak memang sukar jadi kita kena sentiasa tajdid niat, kalau kita buat je
sungguh-sungguh tapi Allah tak terima kan ke rugi T_T  tajuk paling best part menjadi
selebriti langit, adiwira alquran. memang best la dan salute dgn IG dan Teme sbb xtunjuk
muka, biar orang tak judge dr rupa tapi ikhlas menerima apa yang korang sampaikan
dalam buku-buku karya korang. Bacala semoga dapat jadi rujukan
dan semangat untuk berdakwah dan ditarbiah kerana Allah sahaja bukan kerana mahukan
nama kita disanjung. Allahu.



Akhawat Pakai Hoodies
emm emm buku ni dah jadi buku fav setakat ni. sebab memang saya sukaaa pakai hoodies
dan sangat teruja bila tau tajuk buku IG adalah akhawat pakai hoodies. kadang nak jugak
buat "akhawat pakai sneakers" ke hehe inshaAllah. baru je habis baca, bila beli dah sampai
rumah, tapi tuan punya badan masih kat surabaya berjihad menuntut ilmu tak sabar-sabar nak
balik cuti raya sebab nak baca buku ni, tapi hakikatnya lepas raya baru dapat baca. hehe.
alhamdulillah, dan sangat amajing dengan Inche Gabbana sebab dapat buat satu buku tentang
lawan jantina dia, bukan senang tau nanti kalau silap lawan jantina tu nanti kondem terus. haa!
dan saya sangat appreciate it sebab dari sini saya sebagai akhawat boleh tahu sudut pandang
lelaki terhadap perempuan. macam dalam bab-bab chenta chentun tu, haa tu kalau IG ni lelaki
yang tulis, sah-sah lah kena ikut nasihat dia sebab dia lelaki dia tahu macam mana golongan
tu lihat dan layan perempuan. JZKK sebab dah bagi tips kat kami perempuan, dan bab paling saya suka adalah bab Makcik Hidayah dan banyak habuk masuk mata. bab makcik hidayah tu best
sebab dari situ la kita kena yakin yang hati manusia ni memang Allah yang pegang, dan hati
manusia tu sentiasa berbolak balik, jadi bersyukurlah kalau kita termasuk dalam golongan yang
Allah "tapiskan" untuk bertemu makcik hidayah. dan bab yang banyak habuk masuk mata tu,
hmm memang nak nangesss baca sebab tu adalah situasi kami sekarang T_T kami memimpin
bukan lah kami yang paling wara', paling qawiyy tapi kami sentiasa berusaha untuk buat
anda dipimpin sekali ke sorga, jadi kami sangat dahagakan teguran seperti ini untuk kami
ubah apa yang kurang dalam diri dan pimpinan kami. sebak. dan saya perasan IG tak ulas banyak
dengan surat tu, saya faham. tapi kalau boleh memang nak dengar respon IG lebih lagi tentang
tu, mana tau kot kot boleh jadi tips dan semangat buat kami. eh panjang pulak review aph sebab
masih segar dalam ingatan. banyak lagi kalau ikutkan tapi tak apa lah, inshaAllah ni pun dah cukup.
buat anda di luar sana, kalau belum beli grab it one as soon as possible! sesuai untuk dibaca ikhwah
juga tahu. last but not least sebak juga bila baca bab terakhir. macam nak baca lagiii, lepas tu bab terakhir tu memang menusuk qolbu. kadang kita sangat mengejar kesempurnaa dek harapan dan
expectation yang terlalu tinggi daripada orang yang men-tsiqahi kita. Jadilah sederhana seperti
fitrahnya seorang manusia kerana akhirnya akhawat itu seorang perempuan juga!

saya juga ada buku "ini cerita pendek aku" tapi lupa apa tulisan IG dalam tu, buku
tertinggal di Surabaya hehe. now looking forward to buy novel akhi.



hmm kalau nak disimpulkan, secara overal..
saya suka dengan penulisan IG sebab mungkin kena dengan jiwa dan cara fikir saya.
saya punya pendapat yang agak sama dengan IG dan alhamdulillah saya pun seorang akhawat.
dan saya sangat memerlukan buku-buku indie islamik dan buku tarbiah yang santai macam ni
untuk jadi panduan dan pembakar semangat obor olimpik ketika saya jatuh atau tertekan.
lagi-lagi saya punya waqi' is student, luar negara, sebaya dan orang guide dari jauh je tak
berada di kawasan so kami kena struggle lebih dan semoga buku-buku tarbiah macam ni boleh membantu.

Bukan lupakan Alquran dan as sunnah tapi ni sebagai tambahan. kadang terfikir jugak macam
mana respon orang-orang umum yang belum disapa makcik hidayah . apa respon mereka?
maaf, bukan nak sombong tapi kadang-kadang manusia mudah lupa, lupa di mana keadaan dia
sebelum disapa makcik hidayah. kalau ada mereka yang nak komen atau beri kritikan membina,
saya tak sabar nak dengar. mungkin boleh jadi titik tolak untuk kami ubah agar dapat jadi lebih
baik lagi dan saling melengkapi kelemahan dan kekurangan yang ada.

pendek kata, kalau taknak rugiii duit tu ada pergi lah beli buku-buku inche gabbana ni.
inshaAllah tak sia-sia tapi sebelum tu kena sediakan hati, sedia first aid kit takut kena tembak (deep)
nanti, sedia tisu dan baldi, tak kurang sediakan hati :)

jazakallah penulisan yang sangat memberi peringatan.
semoga Allah berkati usaha dakwah IG dan terus istiqamah.

semoga dapat jadi penulis macam IG suatu hari nanti, EH!

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...