Wednesday 2 August 2017

Struggle to Perfect.

Assalamualaikum .
guess what? Nak cakap pasal apa pulak kali ni?
Struggle to perfect?
"Eh takyah sembang lah, kita manusia mana ada sempurna"

Yes memang manusia tu tak sempurna, tapi tak salah kalau kita cuba untuk sempurna.
Tapi yang sedihnya bila kita nak kan kesempurnaan melalui expectations orang,
melalui harapan orang, melalui keinginan dan sebagainya.

Aku manusia.
Aku banyak buat silap, walaupun aku pernah berkata tentang perkara itu.
Aku kadang lupa, apa yang dah aku terima dan apa yang aku dah sampaikan.
Aku kadang lupa apa matlamat hidup aku, apa impian DnT aku..
Aku kadang lupa, nak jadi diri sendiri. . .

They count on me to lead my fellows.
I tried  my best tapi kadang tu aku ada buat silap jugak.
ada masanya aku rasa tak layak, kenapa lah dorang pilih aku?
aku introvert kot, introvert mana layak jadi leader eh?
suara hati aku ni banyak, tapi aku sangat tak konfiden utk suarakan.
Kadang mereka letak 100% beban kat bahu aku.
ada masa tu aku berjaya, ada masa tu aku failed.
masa failed tu memang kasi down, tak kurang juga masa berjaya.
Kadang kita ni, bagi tugas kat orang kita tak tahu apa kemampuan dia..
kadang kita cuma fikir, tak ada orang lain, tak ada jalan lain, dia ja yg kita boleh harap.
Dah mana pergi fellows yang hebat juga? Kenapa harapkan seorang dua sahaja?
kalau betul mereka tak boleh diharap tetapi still ada potensi, kan boleh diasah..
give them chances. to try an error. siapa tahu mereka boleh jadi Harun kepada Musa?
Kadang kita tak sedar, kita count on them make them depress.
they are struggling to fulfil your intentions, why don't you understand what they need?
why don't you listen to them not to reply, but to understand.
Mungkin ada something big they might tell you.

Kalau nak cakap tentang istiqamah dan tsabat. its not an easy thing.
Nak bina biah dalam rumah akhawat. Yes, you are the leader.
Bila sebut leader, haa memang tugas hang la nak bina dan hidupkan biah tu.
Kalau kau tak mula, dorang pun tak mula. sorang tunggu sorang.
bila fellows hang tak bagi kerjasama, lagi susah.
they are struggling to create it, bukan senang bila kita hidup dengan
berbagai ragam dan jenis manusia. but they try you know?
diri mereka sendiri pun masih ada karat jahiliyyah, mereka even dah
jadi murabbi sekalipun, rasa nak berubah tu masih ada tau.
kenapa? sebab mereka nak perbaiki diri mereka, mereka nak jadi qudwah
yang baik, mereka nak sampaikan benda mulia, so they should start with themselves.
then, kalau biah dan fellows tak membantu, so how?
Dah diajak, sudah dinasihat tapi diabaikan, do you know how it feels?
Tapi itu masih okay lagi, dia bangkit cari kekuatan. tah ceruk mana dia dapat kekuatan
semua tu dia buat demi kamu, fellows. akhawati fillah.
they are struggling to give the best to you. jom muhasabah.

Bila terkenang mad'u, ya Allah apa lah nasib mereka dapat naqibah macam aku?
Banyak hak mereka yang aku abaikan. Lagi-lagi sesama student ni.
Kena bahagi masa, nak study dengan nak dakwah. kena stabil. kalau tak,
mesti dakwah jadi fitnah kepada study, yup tipikal excuse.
nak buat usrah selalu kata , kena ready awal bahan. last-last dengan ada tugasan,
perjumpaan sini, fikir tentang itu, terlupa jadi lah bahan yang last minute. Allahu.
last minute pun nak kena prepare, nak tajdid niat lagi dalam perjalanan 2 jam ke
tempat mad'u. lepas dah habis usrah berfikir-fikir. "cukup ke bahan tadi eh?
berat tak ye? dorang okay ke tak, dapat terima tak?" pelbagai persoalan. bila tengok mad'u
punya post dekat medsos (baca:media sosial) macam ada yang tak kena,
"apa aku boleh bantu eh? takpelah doakan je baik-baik. eh aku nak sumbangkan apa?"
belum lagi yang lari dari medan dnt, yang selalu bagi excuse ini dan itu.
hati mana yang sekuat batu dengar semua benda tu.
sekarang ni pun dia try to gather as much as bahan untuk mad'u mereka.
they wanna change something, if they can do much better in present.
they need feedback and mereka dahagakan teguran kalau itu yang terbaik boleh
mereka lakukan. they are struggling too, to make you be a better muslim.
alah-alah mereka kena terima hakikat, bukan mereka yang memegang hati mad'u,
mereka cuma mampu membimbing dan menjadi keluarga kedua yang mereka
perlukan. Kalau kamu rasa kamu boleh buat jauh lebih baik, kamu cuba lah.
InshaAllah perkara baik Allah akan tolong.

Dalam jemaah ni kan, kita tak boleh bergerak sendiri.
"kalau nak laju bergeraklah sendiri, kalau nak istiqamah bergeraklah bersama-sama"
Aku bukan apa, kadang tetiba rasa syok sendiri. bila dah sedar terus rasa malu.
Aku ada banyak je plan tapi sekarang aku rasa ada ka orang nak dengar dan bantu
aku laksanakan? ke aku nanti syok sendiri juga? aku nak buat sorang, eh tak mampu kot.
lagi-lagi jiwa yang masih nak ontheway jadi qowiy ni.
Kadang kan kita cakap ini cakap itu, kita bantah ini bantah itu, kita suarakan ini supaya itu.
tapi i don't see clearly your effort towards what you said. clearly okay, bukan i don't see
any things. Kadang kita ni kata dulu fellows aku baik der, tak macam situasi sekarang.
okay, why don't you take it into current situation, mungkin kamu akan gembira?
but no, i don't see that things in you and kamu tak bawak pun kegembiraan kamu
masuk ke situasi sekarang. Kamu nak rasa tu sorang-sorang sahaja ka?
Kamu taknak share dengan fellows lain?
kadang kita ni cakap wah, aku segan pula nak dengar sebab aku tak sepetah kamu berbicara.
tapi kita ni tak nak cuba baiki yang asas. kita nak bergerak bersama, tapi kalau
hubungan sesama kita tak jaga, tak kukuh macam mana nak bina satu bangunan yang kuat?
mungkin juga, sorang tunggu sorang nak suarakan, last-last dua-dua tak buat,
akhirnya apa yang jadi? hmm strugglenya nak suarakan pendapat pun bukan mudah
dan nak terima pendapat orang lain. struggle nya nak turunkan ego dan ajar diri
tu berlapang dada dengan every situations, not as easy as singing ABC...
Kadang dia minta respon, tak ada jawapan. kadang dia minta pendapat, serba serbi sahaja.
kadang ada orang dia tak berkenan dengan "Morning how are you?", kadang dia mengharapkan
"morning, how are you today? what do eat for breakfast? do you sleep well last night? oh, no?
why is that?" Haa. Bila nanti kamu rasa jemaah tak seperti yang kamu harapkan,
cuba tanya pada diri, apa yang kamu dah cuba sumbangkan? terlaksana tak tanggungjawab
kamu sebagai salah seorang penggerak dalam jemaah kamu? aku yang tanya aku pulak yang
sentap. jom la sama-sama sentap.

Aku sayang kamu kerana Allah.
ungkapan yang sering kita dengar. ya. susah nak buktikan tahu? need struggle too?
yes of course! dalam persahabatan orang umum di luar sana pun ada masalah, apa lagi
kalau dalam ukkhuwah islamiyah, sudah faham tetap timbul masalah. kenapa begitu?
seperti yang Salim A. Fillah kata, mungkin imanku yang sedang rombeng.
ya, mungkin tika itu imanku tengah menurun. tertukar bahasa pulak. maaf.
kenapa kalau kita tengok dia murabbi kot, dia dah lama kot dalam tarbiyah, dia hebat
kot cakap pasal ukkhuwah.... tapi kenapa mereka still ada masalah ukkhuwah?
we are struggling to always be sincere in friendship, ikhlas kerana Allah, kalau tegur tu
sebab sayang bukan sebab nak buat dia makin jahat atau lemas, to always be open minded
dan berlapang dada untuk setiap situasi yang menyesakkan, untuk tak cepat terguris walau
dengan sebilah pisau lipat yang tumpul sekalipun. Fuhh, hakikatnya nak jaga ukkhuwah
ni bukan perkara yang senang. kadang kalau kita sendiri dah positive, datang pulak
syaitan bertopengkan manusia membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.
maka sekali lagi biah itu penting. bila kita nak jadi baik, tinggalkan jahiliyyah,
jaga tutur kata, cares for each other, tetiba muncul pulak mereka.. yang pandang
rendah dengan small effort kita, ajak tengok wayang, mencarut pulak, mematahkan
semangat dan menyalah tafsir kebaikan kita dan senarainya berterusan.
tahu tak strugglenya nak jadi baik kalau sahabat2 tak bantu?
tahu tak strugglenya nak buktikan uhibbuki fillah tu kalau dalam hati masih kotor,
masih ada penyakit-penyakit hati dan tak ada perisai untuk godaan syaitannirrojim
dan nafsu yang menyusahkan? susahnya nak buktikan bila mereka tak men-tsiqahi kita
dan ada penyebar fitnah di sana dan sini. kalau sesama akhawat masih begini,
jadi ada beza tak persahabatan orang umum blm ada fikrah dengan persahabatan
ukkhuwah fillah yang memang sudah disuapkan dengan kefahaman rahmah-based?

maaf lah kalau bahasa aku tak menyenangkan. this is what I feel and what some of them
feel. sekarang ni satu ja, aku dahagakan teguran kalau betul apa yg aku dan fellows
yang lain buat tu salah atau tak seperti yang mereka inginkan.
aku lebih banyak muhasabah dan berdiam diri sebab aku nak perbaiki diri aku.
di mana salah, di mana kurang? di mana harus aku tambah supaya sesuai
dengan keinginan mereka. bukan. sesuai dengan kemampuanku dan redha Allah.
jujur aku bukan seorang yang mudah untuk menegur tapi jika benar aku telah
menegurmu, maka itu adalah dari isi hatiku dengan rasa kasih sayang aku menasihati.
dan aku sentiasa cuba untuk berlapang dada setiap kali ada yang menegurku.
dengan rahmah atau pun dengan keadaan yang menyentap.
mungkin ada masanya aku rasa aku buat cukup baik tapi tidak di mata mereka.
mungkin ada masanya aku rasa aku saja yang betul, tapi aku harap akan ada
kehadiran malaikat bertopengkan manusia menegur dan membimbingku.
mungkin ada masanya aku terlupa bagaimana rasanya berada di fasa permulaan dan
di fasa mentaati pemimpin, aku harap akan adanya suara dari sorga yang
menarikku kembali , memahami dan mendalami hati mereka.
kadang kita memang tak sedar kita struggle to perfect bukan untuk Allah,
tapi untuk puaskan hati manusia, puaskan expectations mereka. sebab itu kita lemah.
kita jatuh. bila jatuh tak da siapa nak bantu. bila diceritakan hal yang menyesakkan
di dada, dibalas dengan itu ini. "kenapa lembik sangat? tahu tak nabi dulu...
iman kamu lah tu tak jaga, bila dijentik sikit terus futur"

pernah tak kamu duduk diam dan dengar, tengok mata mereka,
nampak tak retakan air mata yang hampir jatuh membasahi pipi mereka?
pernah tak kamu tanya, apa yang boleh saya bantu?
pernah tak kamu cuba faham situasi mereka sebelum
membentangkan segala nasihat dan teguran?

Image result for perfect quotes

everyone is having their own struggle.
even if we can't see it.
everyone want to be perfect
even they say you can't.
everyone want be heard
even when no one want to listen.
everyone want a change
even no one trust them.
everyone has a plan
even they may be no one to help.

sudah, kesat air matamu.
dunia sekarang memang mencabar.
kalau kamu nak ke sorga,
kamu bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

"ingatkanlah aku akan dakwah kita dan kepentingan hubungan kita dengannya,
sesungguhnya dengannya kita dimuliakan, tanpanya tiada persamaan antara kita.
ingatkanlah aku juga tentang hakikat bahawa dakwah itu sentiasa kekal dengan
atau tanpa kita, sekiranya engkau melihat aku berlaku cuai pada hak-hak dakwah"

muassis




No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...