Monday 28 August 2017

Usrah?

Assalamualaikum. thanks sudi baca entry saya.
hehe. nak cakap pasal usrah ke hari ni?
emm maybe. InshaAllah.

First thing, apa itu usrah?
For newbies, usrah tu maksudnya keluarga.
Dalam usrah ni pula ada liqo' iaitu pertemuan.
So kalau nak tahu usrah tu daripada apa yang saya faham sampai ke hari ini
betul lah tu keluarga hehe, kira macam keluarga kedua dalam hidup,
although kadang-kadang ahli atau naqibah (usrah leader) tu bertukar-tukar.
Liqo' ni selalunya dibuat seminggu sekali paling koman lah.
kalau qowiy tu mungkin 2,3 kali seminggu, bagi basah betul jiwa. hehe
Dalam usrah ni ada seorang ketua mcm seorang ayah, ustaz and etc
tak kira la lelaki ke perempuan.
Tapi usrah ni buat ikut jantina la, sebab nak jaga batas kan.
and then, usrah ni ahlinya dan ketua berinteraksi seperti ahli keluarga,
saling mengenali, memahami dan membantu kalau diperlukan.

So far, dalam liqo' ada sesi tilawah dan tadabbur ( baca arab dan terjemahan,
lps tu naqib akan explain apa yang dia dah pelajari kalau nak tafsir, kalau tak
pun cuma sharing , apa yang dia boleh buat reflection terhadap ayat tu
atau pun kalau dia rasa sentap atau terkesan, dia share la what's in their hearts.
more to sharing ja. kalau ada ilmu boleh explain tafsir atau asbabun nuzulnya.
lepas tu ada sesi tazkirah gitu, daripada naqib. kalau tak pun share berita-berita
untuk keep on updated. tazkirah tu luas la, banyak topic blh masuk.
dan last sekali tu share apa-apa ja yang kita nak. mungkin ada masalah ke,
atau kemusykilan tentang sesuatu perkara, atau saja nak cerita apa jadi hari ni hehe.
that's all kalau dalam liqo'.

Tapi usrah bukan setakat dekat liqo' je tau.
usrah tu sampai bila-bila ja. maksudnya usrah tu ahlinya dan ketua akan sentiasa
berinteraksi walaupun di luar liqo'. contohnya naqib free dia bawa gi makan kat subway,
kalau tak pun kita minta tolong naqib atau usrahmates kita teman pergi klinik gigi
sebab takut dengan dentist ka hehe, benda-benda biasa keluarga kita buat, haa
macam tu la sepatutnya usrah. bukan sekadar usrah dalam liqo' je. dah clear?

Kenapa usrah penting?
Sebab dalam usrah la kita dapat recharge iman kita.
sebab dalam liqo' tu boleh bantu kita mengingati Allah.
dalam 24/7 kita spend time paling koman 2 jam je seminggu untuk usrah.
Nak tak? Mampu tak? hehe

"Ijlis bina nu’minu sa’ah." marilah duduk beriman sejenak.

Rasulullah salallahu ‘alaihi wa salam, senantiasa menyapa para sahabat dengan pertanyaan

 "Apakah kabar iman kalian saat ini?" Setiap kali bertemu, setiap kali bertatap muka, 
tidak ada yang paling beliau risaukan melainkan iman di dada para sahabat dan umatnya.

“Ijlis bina nu’minu sa’ah, mari duduk sejenak untuk membina semua iman kita”. 
Demikian ujar Muadz bin Jabal kepada para sahabat. Menginsafi banyak waktu 
mereka yang tersita oleh aktivitas diluar pembinaan iman, para sahabat senantiasa
 saling menjaga, saling mengingatkan. Seketika mereka saling menitikkan air mata. 
Hal itu pula yang dilakukan oleh Abdullah bin Rawahah kepada Abu Darda.
 "Akhi, ta’nul nu’minu sa’ah, marilah saudaraku kita beriman sejenak". Ujarnya.

Daripada petikan tu, nampak tak best usrah ?
Usrah ni sangat penting sebab fitrah manusia tu imannya yazid wa yankuz (naik dan turun)
Jadi, usrah ni jadi satu keperluan seolah-olah kalau tak ada usrah, kita boleh futur (lalai) 
dengan benda-benda lagha ( benda yang melalaikan daripada ingat Allah).
Like our life routine, selalu isi perut kalau lapar kan, 
kalau hati yang lapar, kena bagi juga makanan rohani supaya "kenyang" juga.
we have to be fair to our body, hehe. 

okay we go further.
usrah, sebenarnya bagi saya usrah ni memang perlu sentiasa berjalan.
tak kira lah bulan Ramadhan ke, sem break ke. kalau masih mampu waktu berpantang
tu pun digalakkan tau tak? hehe. sebab bila anda tahu betapa penting dan betapa 
kuatnya effect usrah tu dalam meningkatkan iman anda, memang anda taknak 
lepaskan peluang datang usrah walaupun sakit, walaupun busy sekalipun. 

Sepanjang pengalaman saya, usrah yang saya ikut akan "rehat" waktu bulan Ramadhan,
katanya nak lebih fokus beribadah dan sebab waktu malam pun terawikh kan.
baik, mungkin saya boleh cakap macam ni sebab saya masih student. tapi kalau teruskan 
usrah tu lebih baik sebenarnya, lagi masyukkk tahu tak sebab bulan Ramadhan. 
Biasanya kalau dah rehat Ramadhan ni boleh melelat sampai ke Syawal (alamak susah pulak 
takda emoji ni haha) . Tu la yang bahaya nya bila usrah ada "rehat" .
Belum tentu lagi setiap orang daripada ahli usrah tu boleh survive dan nak buat
ibadah fadhi secara istiqamah. ataupun fokus beribadah untuk raih pahala dan redha Allah
bulan Ramadhan. mungkin ada yang mampu, ada yang tak. they need support.
usrah tu la support mereka. usrah tu sebagai satu peringatan. nak kata kerja, ada juga weekends.
kalau susah sangat, buat je mabit terus. jangan bagi "rehat" , kalau kurangkan 
kepada dua kali seminggu ke lagi okay kot. daripada lama-lama lepas tu lesu. 
Tapi terpulang juga lah, kalau sepakat nak rehat, go on tapi kena make sure boleh 
survive, kalau tak mampu, takyah la rehat, teruskan ikut kemampuan. 

Yang kedua ni pun koman. mungkin ada yang berpendapat student balik cuti nak 
spend time dengan family, so tak perlu lah usrah. what? okay sabaq sat.
atau mungkin mereka berpendapat begitu melalui pengalaman. 
anda ke tu yang nak spend time dengan family ja? tak nak turun usrah langsung? 
saya ni masih student and I have a lot of friends that still student too.
trust me, tak ada nya student tu spend time dengan family 12hours a day pun.
ada yang mak ayah bekerja. ada yang cari kerja. ada yang duk mereput dalam 
rumah tak tahu nak buat apa. siapa tu? kenapa ada macam bau hangit ni?
eh. haa dan kalau pun spend time dengan family mungkin mostly weekends.
so, nak cakap kat sini this term tak applicable bagi pendapat saya. 
mungkin kita boleh ajak siapa yang nak, yang memang taknak their choice kan.
term ni mungkin applicable untuk yang memang jenis rapat dengan family,
setiap hari kena berinteraksi dan kena buat aktiviti bersama. 
tapi agak menzalimi untuk mereka yang nak dan ternyata they have a lots of free time.
mereka nak isi masa luang dengan apa? lagi-lagi tak ada peringatan (usrah) 
lagi la senang futur nak menerpa, lepas tu lesu terus dengan jahiliyyah.
balik ke tempat study jadi lemau. kalau betul-betul boleh survive dengan tarbiah
dzatiyah takdehal lah. jangan kata mereka tak cari usrah, they searched for it.
mungkin bukan semua tapi some of them, mereka dahagakan pengisian untuk jiwa,
mereka rasa kekeringan. Mungkin sebab tu tarbiah dzatiyah ditekankan jugak kot.
kan? 

sedangkan Rasulullah selalu tanya tentang keadaan iman para sahabat.
mereka ni menunggu-nunggu orang nak tanya apa kabar iman hari ni?
mereka ni menunggu saat nak duduk beriman sejenak tu. 

jom la muhasabah, mungkin ada yang terlepas pandang.
mungkin ada yang tak tunjuk effort. atau mungkin ada hak-hak 
mutarabbi yang kita tak penuhi buat hak kita pun tak terpenuhi. 
maaf kalau ada yang rasa offended. 
let's bring the best for usrah. -aman- 


Image result for usrah

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...