Thursday, 18 January 2018

Review Aleppokalips!



Bismillahirrahmanirrahim. for a long time.
I'm back to my passion.
Assalamualaikum!

I am so excited to review a book named Aleppokalips by Inche Gabbana, Angel Pakai Gucci blog author. orang femes takkan tak kenal? Lagi-lagi dalam dnt. EH.

Okay first of all nak rate 4/5.
Kira dah bagus sangat dah tu. Takut kalau bagi 5 nanti ehem.
Bukan calang lah saya boleh habiskan novel dalam masa yang sangat singkat.
Dan saya lupa novel apa yang last sekali saya baca sebelum novel ni.
Kata IG, Akhi tu belum layak jadi novel, so yang ini lah paling pantas.
Sebab apa saya kata pantas, I am picky reader and I am slow to read a novel
than other non-fiction books yang macam motivational, cerpen. Haa kalau yang tu
saya memang laju ah. Hihi.

Jalan cerita Aleppokalips sangat best! Penuh debaran dan emosi.
Tapi saya tak nangis pun sebab babak yang sedih terganggu dengan
rengekan anak kucing yang baru berapa hari lahir menangis. Opps.
Okay takpa tapi itu tak menghilangkan mood saya.
Alhamdulillah I made it to end. Done reading dan puas hati dengan ending cerita ni.
Kalau boleh, nak ja request bole tak buat Aleppokalips ni jadi movie?
Mesti ramai orang minat nak tengok! Serious macam novel Hero by Hilal Asyraf.
Hamzah dan Salman ni boleh jadi hero yang luar biasa daripada kebiasaan
genre movie dan drama Malaysia. At least dalam ni ada jugak yang
buat saya
bangga dengan Malaysia bila TUDM bantu mereka di Aleppo!
Siapa sangka kalau buat movie boleh buka mata pemuda dan pemimpin negara di luar
sana kan?

Mula-mula baca agak typical jugak sebab sebelum ni baca Hiatus by Mato ,
sama ja budak study obesi, anak orang kaya, kurang kasih sayang bapa. Hihi.
Tapi bila dah masuk separa daripada pertengahan buku jalan cerita semakin cantik.
Dah dapat cover benda typical tadi tu. Mabruk!

What I got from this book storyline is that....
Sebenarnya bagus dah cara dakwah dan "DF" ustaz Abu Ayyasy tu tapi sayang sebab
fikrahnya belum benar. Ini antara anasir taghyir yang perlu dibantu untuk tidak
rugikan potensi yang ada pada diri dia. Eh masuk dnt sorry.
Lepas tu bila cakap pasal hidayah, memang kadang tak boleh jangka datang dari mana
dan datang dari siapa. Mungkin kalau ikut pengalaman diri sendiri datang dari sahabat.

Suka dengan semangat pemuda macam Hamzah walaupun banyak kekurangan ilmu dan
pengalaman, tapi usaha nak tahu kebenaran. pemuda macam ni masih wujud tak zaman sekarang?
kalau masih di mana kalian? Dan paling win kalau IG cerita pasal ukkhuwah.
Tak pernah tak win. Jeles sangat bila la boleh berukhuwah dengan seikhlasnya
seperti persahabatan Hamzah dan Salman. Memang Salman tu, ciri-ciri yang ada pada dia
sangat perfect untuk dijadikan sahabat dunia akhirat. How I wish I have one and I can be one too!

Lepas tu respect la sbb watak Hamzah ni tunjuk seorang lelaki yang fitrahnya memang cepat
tertarik dengan wanita dan even dah pernah couple secara tak halal, tapi bila dia dah dapat
kebenaran, dia berubah dan lebih respect kepada perempuan bila Hamzah bgtau Ahmad
Salleh yang dia nak kawin dengan Aiyla, dia tak bgtau pun dulu ke dengan Aiyla tapi
straight to her wali. Ini memang respect lah! Tu baru betul-betul gentleman. Hehe.

Daripada buku ni baru tahu ISIS tu sebenarnya macam mana..
baru dapat gambaran Daesh ni sebenarnya nak apa.. huhu.
seram sejuk juga bila fikir benda ni betul-betul terjadi di Malaysia juga.
dan baru tahu penyerang bom berani mati. sumpah gila, kerja tak masuk akal.
nampak macam pejuang tapi sebenarnya dah digunakan. kesian.
bila tahu ISIS ni hebat ajak anak muda masuk jihad mereka,
tiba-tiba termuhasabah dengan dnt dekat waqi' sekarang , masih lagi student.
memang semua pemuda. belum cukup lagi usaha dakwah nak tarik
pemuda kat luar sana! Jangan kalah dengan anasir tahgyir yang belum jumpa kebenaran
yang sebenar. kita yang dah jumpa kebenaran yang hakiki inilah perlu all out
lagi supaya nasib pemuda dan kaum muslim seluruhnya dapat diselamatkan.
memang jihad yang sebenar itu mengangkat senjata menyerang musuh,
tapi ikut kemampuan kita jihad sebenarnya ada di mana-mana.
tinggal kita yang memilih untuk benar-benar berniat jihad dengan apa saja
yang kita lakukan untuk Allah, rasul dan ummah!

Haa satu lagi suka dengan watak Hamzah sebab dia sangat aplikasikan ilmu yang
dia dah belajar kat sekolah. Memang bijak la budak ni. Dan eksaited tu bila baca kisah
Hamzah waktu kecil, jatuh basikal lutut berdarah & jatuh sampai koyak dagu!
exactly same with me Haha nakal sangat.

Yang paling menyentuh hati sebenarnya tentang kekeluargaan.
Saya selalu idamkan kasih sayang yang macam tu :')
pengorbanan orang yang betul-betul sayangkan kita tu sangat luar biasa!
bukan setakat family Dato' Sulaiman tapi family Ahmad Salleh pun best!
Itu baru baitul muslim sebenar.

last but not least, best! buatla movie please. haha
I am waiting for your next book!
I have all of it termasuk ini cerita pendek aku!
diehardfans inche gabbana :D

inche gabbana blh tlg ajar tips menulis dengan istiqamah? 

Tuesday, 31 October 2017

Hamasah Yang Hilang?

Assalamualaikum readers yang osem.
Lama dah tak update, inshaAllah kali ni akan share something to ponder.
Hamasah yang hilang?
Hamasah tu apa? Hamasah tu adalah “semangat” , jadi maksudnya semangat yang hilang.
Semangat apa ni? Hilang ke mana?

Well, hamasah seorang syabab (baca:pemuda)
As we know, pemuda ni kuat dan penuh sekali dengan semangat!
Eh jadi yang tak bersemangat tu dah tak muda ke? (saya tak cakap keke)
Ke mana hilangnya hamasah dalam kalangan syabab zaman sekarang?
Apa saja jihad (baca:pengorbanan) yang telah disumbangkan oleh anda yang bergelar pemuda?
Ingat tak, orang pernah kata kalau di akhirat nanti Allah akan tanya 4 benda.
Dan salah satunya, “apa yang kita lakukan di masa muda?”
Emm agak-agak anda nak jawab apa ya?
Okay mungkin… jihad menimba ilmu (uish), atau power menggunakan social media yang semakin banyak dan canggih! (ohoi),
Atau tak ketinggalan mengikuti trend-trend zaman sekarang (amboi) atau tak pun kumpul duit supaya tua nanti dok rumah senang lenang (mak ai)

Tapi saya yakin anda sudah punya jawapan anda sendiri kan? Eh ke belum?
Jom saya ingatkan kembali tentang kod seorang muslim di dunia ni, iaitu 2:30 dan 51:56 .
Kod apa tu? Bukan kod, Cuma surah dan ayat surah tersebut.
Apa ada dalam ayat 2:30? Yes Khalifah, betul betul betul!
Allah anjur kita di dunia ni untuk menjadi khalifah (Bahasa ringan sikit: pemimpin) haa, anda sekarang sedang memimpin atau tak?
Ya boleh jadi seorang ayah memimpin keluarga, seorang PM memimpin negara, seorang imam memimpin makmum,
Seorang abang/anak lelaki memimpin saudara perempuannya, atau paling koman seorang manusia memimpin manusia lain. Hehe.
Jadi bila dah kasi contoh ni, harapnya anda muhasabah diri, adakah anda sudah menjadi part of leader that were thought in that verse?
Kalau belum, ayuh bangkitlah. Especially for youths, pemuda! Anda sangat diperlukan untuk memimpin anak muda di luar sana.
Lihat sahaja di dada-dada akhbar zaman sekarang, sangat banyak jenayah berleluasa, tak rogol, liwat, kebakaran tahfiz, buli,
Dadah dalam kalangan pemuda, vandalism, mengikuti trend yang ya Allah tah apa-apa sampai boleh mengundang maut.
Astaghfirullah. Mana pemuda ni? Mana hamasah asy syabab???
Sebab apa pemuda yang menjadi harapan? Sebab pemuda penuh dengan semangat, masih kuat dari segi tenaga,
Curiosity tinggi, mampu menegakkan yang haq dengan ilmunya!

Kod yang kedua adalah tentang pengabdian diri kepada Allah. Hidup untuk beribadah.
Dalam memimpin pun boleh jadi part of ibadah. Dan ibadah ni ada dua, ibadah khusus dan umum.
Khusus tu macam solat, zakat, haji and so on. Umum pula apa-apa yang kita niatkan kerana Allah,
inshaAllah boleh jadi ibadah. Sebelum tidur berdoa tu dah kira niat kerana Allah sebab nak recharge energy
supaya senang nak beribadah, berdakwah dan buat aktiviti lainnya yang bermanfaat.
Kalau hidup kita memang kita penuhi dengan ibadah, inshaAllah telah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Eh apa kena mengena kod dengan pemuda? Dan semangat?
Ya lah, cuba amati situasi masyarakat sekarang ni. Pemuda mana yang mengutamakan pimpinan dan ibadah dalam hidup dia?
Ya memang study tak tinggal, tapi both of that things are more important and we need youths like that to lead the citizens.
Bangkitlah wahai pemuda! Tanggungjawab anda banyak di luar sana.
Kalau tanggungjawab yang dekat dan dalam circle yang kecil pun anda dah hilang semangat,
Mana nak buat tanggungjawab yang lebih besar di luar sana? Kena kuatkan core di dalam sebelum yang di luar.
Kena kerah pasukan pemuda ni supaya sedar dan sama-sama menyelamatkan dunia. (yeah serious talk)
Dalam nak memimpin jangan lupa hablumminallah dulu, beribadah mesti mantap baru Allah mudahkan pimpinan kita.
Don’t depend on others, don’t wait for others to do first!
“tu la orang kita, kalau orang tak buat kita pun tak buat, tak berani nak cuba” petikan kata-kata Teme dalam buku Arkitek Jalanan.
Jangan bagi sorang tolak sorang, bekerjalah di dalam satu saf yang sama! Baru kukuh. (as saff:4)
Titipkan rasa tanggungjawab dalam diri anda wahai pemuda, baru anda akan rasa semangat.
Dan titipkan rasa malu jika anda tidak mahu berkomitmen untuk ummah. Pemuda harapan ummah.
InshaAllah kalau sentiasa tajdid niat, semangat pemuda pasti sentiasa berkobar!

Wallahualam.
Dari penulis yang marhaen , mencuba menjadi seorang pemuda yang menjadi harapan ummah.

Kalau mereka boleh, aku juga boleh! 

Friday, 27 October 2017

Inspired by Teme Abdullah :)



Well, maybe Teme will be my third favourite writer. Yes.
They come after Inche Gabbana and Muharikah.
Baru habis baca buku Arkitek Jalanan, setelah lama menunggu , kalau nak jadikan cerita
This is my second book of Arkitek Jalanan, buku first yang minta kawan belikan sekali dengan autograph Teme was went missing and it upset me so much, but I didn’t give up to seek help with my murobbi, asking her to buy me a new one and bring it here, Surabaya. Alhamdulillah I’ve got it now and has read it all. Totally inspiring Teme! Air mata tu tak la keluar tapi berkaca je hehe.


Apa yang best kat buku ni?
Best sebab situasi Teme hampir sama dengan diri sendiri, iaitu sebagai private student studya abroad even takla jauh Tapi lumayan say, dari Sarawak terbang ke Surabaya Indonesia yang harus menaiki dua flight and transit KL dengan harga flight KL- SBY yang Expensive but alhamdulillah masih dapat beli. A private student yang masih “kaya” sebab ada tanggungan daripada mak ayah, pakcik dan Baitulmal. Hmm honestly malu dengar cerita arkitek jalanan ni, aku kat sini boros sangat, tapi Teme? Dia all out sara diri sendiri dan tak banyak mengeluh.
Walaupun senang masih lagi bermalasan, tu la kita ni kalau Allah tak uji dengan kesempitan, kita takkan berusaha. Mesti nak dapatkan Something goyang kaki ja. Allahu.
Paling menarik perhatian saya adalah, I knew that Allah hilangkan buku teme yang pertama tu ada hikmah dan kenapa baru sekarang Allah
Bagi dapat buku kedua dan baca sekarang ni sampai habis. Maybe, my dua was heard and granted by HIM. Saya doa dalam situasi yang saya lalui sekarang , “ya Allah kau kurniakanlah seorang untuk jadi perantara antara aku dan diriMu bagi Peniup semangat dan support aku…” and yes, Allah granted this writer to keep my spirit soar. Yes, mungkin tak fully macam saya minta,
Saya nak ada orang di sisi supaya dapat jadi “Ahmad” untuk saya, tapi alhamdulillah Allah granted yang jauh untuk bagi semangat. Dan dalam masa yang sama, while I’m down I found this verse in Quran , surah al mukminun : 62 and dalam usrah, tiba-tiba naqibah bagi tentang ayat ni jugak.
See, Allah gave me more than a person I want. How should I not be so grateful?

Kenapa situasi sekarang?
Part paling terkesan bila Teme suruh Ahmad berlari ke pokok berkaki ayam. Yes I really love that analogy.
Mungkin sekarang sebab aku tak sibukkan diri dengan tanggungjawab aku, that’s why aku rasa banyak beban dan diuji. Padahal kita tahu ujian tu memang akan ada dan selalu datang, pilihan tak tangan kita nak jalani dengan kool dan bergaya Atau pun meratapi kesedihan dan kekecewaan tu lama-lama sampai tak dapat nak move on. Bila baca kisah Teme dapat upper second class, rasa macam tertembak sangat. Jelas dari kisah dua buku Teme ni Menggambarkan yang ujian Allah tu ada dua bentuk, kesenangan dan kesusahan. Di mana kalau ditimpa kesusahan, kita mula cari Allah dan kadang kita tend to salahkan takdir dan diri sendiri.Tapi bila diberi kesenangan kita tends to lupa dengan nikmat yang Allah bagi dan lupa nak bersyukur. Alahu tu la sikap manusia. Tipikal manusia yang tak sempurna. Tapi kita boleh tengok dan kita dah ada bukti untuk ayat 5 & 6 surah insyirah , bersama kesulitan ada kemudahan.Kita baca kisah Teme yang tiba-tiba laptop terpijak dan semua tugas ada dalam tu, tapi dia tak putus asa.Dan tiba-tiba bila Allah dah bagi ‘musibah’ Teme Cuma dapat upper second class degree ja, Allah bagi pulak desertasi masuk Top 10 dan bagi lagi peluang masuk kerja kat London. Subhanallah, nikmat mana yang kita nak dustakan?

Lagi yang best?
Persahabatan orang lelaki. Sebab saya perempuan. Mungkin lah kita tak boleh nak differentiate sangat sebab lumrah wanita tu sensitive.
But I like their kind of friendship. Dorang saling menasihati even dorang bukan lah dalam perfect situation to advice people.
Dorang slumber ja menyentap sahabat untuk bakar semangat tak boleh give up. Dorang saling push antara satu sama lain.
Dan persahabatan mereka dah memang macam twins, beradik more than a best friend, like a family. Lagi-lagi di negara orang.
I envy both of them, how they tolerate to each other even different opinion, how they help each other and how they
Remind each other for the sake of Allah. I love this kind of not really Islamic friendship but full of lesson learnt.
How I wish I have that kind of best friend, but alhamdulillah actually I have one already Cuma dia jauh.

Tu ja???
Eh tak, ada lagi ni nak share. Best sangat tak dapat berhenti tangan menaip.
Sebenarnya dah lama tahu Teme ni ada penyakit disleksia. Tapi envy him sebab dia lawan benda tu.
And I end up fikir saya pun rasa saya ada satu kind of ‘sakit’ maybe but I know that I can handle it too! With Allah wills.
Kat sini nak kata even kita ada kekurangan, tapi kalau kita usaha Allah pasti nak tolong.
Kita memang tak diberi talent sejak lahir. Semua tu perlu usaha. Kalau saya ada talent menulis sekalipun,
Kalau tak usaha, buku tak kan diterbit dan jatuh dari langit begitu sahaja kan? Everythings need effort.
Kalau talent kita pun kita tak usaha nak asah, bila nak Berjaya?
Lagi orang suara sedap pun masih berlatih bernyanyi kan?
Dan nak kata kat sini jugak, di balik kekurangan tu sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang Allah bagi.
Just depends on us to find and use it wisely : ) 

Taknak lah cerita Panjang sangat nanti orang tak baca. Eh rugi kalau tak baca.
Memang la tak islamik tapi full of motivation kut… ehehehe
Alhamdulillah sangat Allah bagi peluang baca buku ni , at least ada lah semangat sikit
Taknak cerita apa situasi saya sekarang tapi buku ni banyak membantu
How I handle my current situation and how I will move on and continue doing my ‘job’ .
Thanks Teme, you are reall Teme The Great!

May Allah bless your efforts on those book you wrote.
May Allah ease everything for you
And last but not least, I am waiting for your third book.
Mesti third book nanti tajuk dia Pembantu arkitek (RIBA) ehem.
Jangan puji banyak sangat, bahaya kan Teme?
May you guys be the reasons my spirit in writing a book!

Monday, 28 August 2017

Usrah?

Assalamualaikum. thanks sudi baca entry saya.
hehe. nak cakap pasal usrah ke hari ni?
emm maybe. InshaAllah.

First thing, apa itu usrah?
For newbies, usrah tu maksudnya keluarga.
Dalam usrah ni pula ada liqo' iaitu pertemuan.
So kalau nak tahu usrah tu daripada apa yang saya faham sampai ke hari ini
betul lah tu keluarga hehe, kira macam keluarga kedua dalam hidup,
although kadang-kadang ahli atau naqibah (usrah leader) tu bertukar-tukar.
Liqo' ni selalunya dibuat seminggu sekali paling koman lah.
kalau qowiy tu mungkin 2,3 kali seminggu, bagi basah betul jiwa. hehe
Dalam usrah ni ada seorang ketua mcm seorang ayah, ustaz and etc
tak kira la lelaki ke perempuan.
Tapi usrah ni buat ikut jantina la, sebab nak jaga batas kan.
and then, usrah ni ahlinya dan ketua berinteraksi seperti ahli keluarga,
saling mengenali, memahami dan membantu kalau diperlukan.

So far, dalam liqo' ada sesi tilawah dan tadabbur ( baca arab dan terjemahan,
lps tu naqib akan explain apa yang dia dah pelajari kalau nak tafsir, kalau tak
pun cuma sharing , apa yang dia boleh buat reflection terhadap ayat tu
atau pun kalau dia rasa sentap atau terkesan, dia share la what's in their hearts.
more to sharing ja. kalau ada ilmu boleh explain tafsir atau asbabun nuzulnya.
lepas tu ada sesi tazkirah gitu, daripada naqib. kalau tak pun share berita-berita
untuk keep on updated. tazkirah tu luas la, banyak topic blh masuk.
dan last sekali tu share apa-apa ja yang kita nak. mungkin ada masalah ke,
atau kemusykilan tentang sesuatu perkara, atau saja nak cerita apa jadi hari ni hehe.
that's all kalau dalam liqo'.

Tapi usrah bukan setakat dekat liqo' je tau.
usrah tu sampai bila-bila ja. maksudnya usrah tu ahlinya dan ketua akan sentiasa
berinteraksi walaupun di luar liqo'. contohnya naqib free dia bawa gi makan kat subway,
kalau tak pun kita minta tolong naqib atau usrahmates kita teman pergi klinik gigi
sebab takut dengan dentist ka hehe, benda-benda biasa keluarga kita buat, haa
macam tu la sepatutnya usrah. bukan sekadar usrah dalam liqo' je. dah clear?

Kenapa usrah penting?
Sebab dalam usrah la kita dapat recharge iman kita.
sebab dalam liqo' tu boleh bantu kita mengingati Allah.
dalam 24/7 kita spend time paling koman 2 jam je seminggu untuk usrah.
Nak tak? Mampu tak? hehe

"Ijlis bina nu’minu sa’ah." marilah duduk beriman sejenak.

Rasulullah salallahu ‘alaihi wa salam, senantiasa menyapa para sahabat dengan pertanyaan

 "Apakah kabar iman kalian saat ini?" Setiap kali bertemu, setiap kali bertatap muka, 
tidak ada yang paling beliau risaukan melainkan iman di dada para sahabat dan umatnya.

“Ijlis bina nu’minu sa’ah, mari duduk sejenak untuk membina semua iman kita”. 
Demikian ujar Muadz bin Jabal kepada para sahabat. Menginsafi banyak waktu 
mereka yang tersita oleh aktivitas diluar pembinaan iman, para sahabat senantiasa
 saling menjaga, saling mengingatkan. Seketika mereka saling menitikkan air mata. 
Hal itu pula yang dilakukan oleh Abdullah bin Rawahah kepada Abu Darda.
 "Akhi, ta’nul nu’minu sa’ah, marilah saudaraku kita beriman sejenak". Ujarnya.

Daripada petikan tu, nampak tak best usrah ?
Usrah ni sangat penting sebab fitrah manusia tu imannya yazid wa yankuz (naik dan turun)
Jadi, usrah ni jadi satu keperluan seolah-olah kalau tak ada usrah, kita boleh futur (lalai) 
dengan benda-benda lagha ( benda yang melalaikan daripada ingat Allah).
Like our life routine, selalu isi perut kalau lapar kan, 
kalau hati yang lapar, kena bagi juga makanan rohani supaya "kenyang" juga.
we have to be fair to our body, hehe. 

okay we go further.
usrah, sebenarnya bagi saya usrah ni memang perlu sentiasa berjalan.
tak kira lah bulan Ramadhan ke, sem break ke. kalau masih mampu waktu berpantang
tu pun digalakkan tau tak? hehe. sebab bila anda tahu betapa penting dan betapa 
kuatnya effect usrah tu dalam meningkatkan iman anda, memang anda taknak 
lepaskan peluang datang usrah walaupun sakit, walaupun busy sekalipun. 

Sepanjang pengalaman saya, usrah yang saya ikut akan "rehat" waktu bulan Ramadhan,
katanya nak lebih fokus beribadah dan sebab waktu malam pun terawikh kan.
baik, mungkin saya boleh cakap macam ni sebab saya masih student. tapi kalau teruskan 
usrah tu lebih baik sebenarnya, lagi masyukkk tahu tak sebab bulan Ramadhan. 
Biasanya kalau dah rehat Ramadhan ni boleh melelat sampai ke Syawal (alamak susah pulak 
takda emoji ni haha) . Tu la yang bahaya nya bila usrah ada "rehat" .
Belum tentu lagi setiap orang daripada ahli usrah tu boleh survive dan nak buat
ibadah fadhi secara istiqamah. ataupun fokus beribadah untuk raih pahala dan redha Allah
bulan Ramadhan. mungkin ada yang mampu, ada yang tak. they need support.
usrah tu la support mereka. usrah tu sebagai satu peringatan. nak kata kerja, ada juga weekends.
kalau susah sangat, buat je mabit terus. jangan bagi "rehat" , kalau kurangkan 
kepada dua kali seminggu ke lagi okay kot. daripada lama-lama lepas tu lesu. 
Tapi terpulang juga lah, kalau sepakat nak rehat, go on tapi kena make sure boleh 
survive, kalau tak mampu, takyah la rehat, teruskan ikut kemampuan. 

Yang kedua ni pun koman. mungkin ada yang berpendapat student balik cuti nak 
spend time dengan family, so tak perlu lah usrah. what? okay sabaq sat.
atau mungkin mereka berpendapat begitu melalui pengalaman. 
anda ke tu yang nak spend time dengan family ja? tak nak turun usrah langsung? 
saya ni masih student and I have a lot of friends that still student too.
trust me, tak ada nya student tu spend time dengan family 12hours a day pun.
ada yang mak ayah bekerja. ada yang cari kerja. ada yang duk mereput dalam 
rumah tak tahu nak buat apa. siapa tu? kenapa ada macam bau hangit ni?
eh. haa dan kalau pun spend time dengan family mungkin mostly weekends.
so, nak cakap kat sini this term tak applicable bagi pendapat saya. 
mungkin kita boleh ajak siapa yang nak, yang memang taknak their choice kan.
term ni mungkin applicable untuk yang memang jenis rapat dengan family,
setiap hari kena berinteraksi dan kena buat aktiviti bersama. 
tapi agak menzalimi untuk mereka yang nak dan ternyata they have a lots of free time.
mereka nak isi masa luang dengan apa? lagi-lagi tak ada peringatan (usrah) 
lagi la senang futur nak menerpa, lepas tu lesu terus dengan jahiliyyah.
balik ke tempat study jadi lemau. kalau betul-betul boleh survive dengan tarbiah
dzatiyah takdehal lah. jangan kata mereka tak cari usrah, they searched for it.
mungkin bukan semua tapi some of them, mereka dahagakan pengisian untuk jiwa,
mereka rasa kekeringan. Mungkin sebab tu tarbiah dzatiyah ditekankan jugak kot.
kan? 

sedangkan Rasulullah selalu tanya tentang keadaan iman para sahabat.
mereka ni menunggu-nunggu orang nak tanya apa kabar iman hari ni?
mereka ni menunggu saat nak duduk beriman sejenak tu. 

jom la muhasabah, mungkin ada yang terlepas pandang.
mungkin ada yang tak tunjuk effort. atau mungkin ada hak-hak 
mutarabbi yang kita tak penuhi buat hak kita pun tak terpenuhi. 
maaf kalau ada yang rasa offended. 
let's bring the best for usrah. -aman- 


Image result for usrah

Tuesday, 15 August 2017

They are my osem murabbi(ah) uhibbukunna fillah! ~Part V~

Assalamualaikum
Mesti dah bosan kan, asyik post entry pasal orang.
Entry ilmiah bila lagi? sengih-
Tapi kali ni lain, bukan sahabat. tapi murabbi.
Bagi saya, mereka ni banyak benda yang saya dapat daripada
ber-murabbi-kan mereka. Eh? hihi.

0808 & 1202
they are my very first murobbi, they are pairing .
Jazakunallah dah jadi murobbi untuk diri
I am very grateful, although the one that ask me to join
this path is my best friend, but this two murobbi
taught me a lot and I can say that they were success in
turning me into a good muslim today.
tapi di tengah jalan, akak 1202 got transfer back to her hometown.
I will never forget that...
cara mereka layan budak baru nak up dalam dnt ni hihi
best dapat duit raya, makan-makan, gi lepak tepi pantai kekeke
cara mereka sampaikan ilmu dan pengalaman
tak lupa mereka latih saya dari awal lagi untuk jadi kuat dalam dnt.
dan cara mereka still keep in touch with me
kalau jumpa time cuti macam rindu dengan anak, rindu dengan mak :')
although sekarang dah bertukar-tukar murobbi.
they still there when I need them.
they succeed in changing a 16 years old girl
daripada tak tahu apa-apa kepada dah punya fikrah sekarang.

3110
Dia adalah murobbi kedua setelah usrah di reshuffle.
Murobbi ni pun menarik, walaupun nampak santai
kadang-kadang dalam santai dia ada tegas. hihi
kalau orang tak kenal , memang susah nak sebulu
tapi saya salute sebab dia jenis yang berani
dan baik, selalu show her care to us.
Sempat juga jadi warden di asrama madrasah.
Kadang susah nak tolerate tapi lama-lama dapat something
good from it. jazakillah dah jadi murobbi ana di alam remaja.
Dengan dia lah saya bergerak dalam dunia iTeens.
Banyak pengalaman bergerak bersama. takkan pernah dilupakan.
sampai sekarang mungkin dia adalah yg plg di tsiqahi kalau nak
curhat. santai-santai pun dia respon tp we know that she actually care
so much.

2903
Ini pula murobbi ketiga, setelah usrah di reshuffle lagi.
eh berapa kali reshuffle ni? Berkali-kali ikut keperluan :)
Bersama dengan murobbi ni, saya dah berapa kali bertukar-tukar
usrahmates ( ala tak ada icon peluh kat kepala )
tapi itu lah yang mematangkan. Dalam berusrah dengan
akak murobbi yang satu ni, pernah duk satu usrah dengan
sahabat-sahabat yang dah bekerja, dah berkawen dan ada anak,
yang sama-sama sebaya, yang sama-sama student .
Akak ni baik even sahabiah yg sebaya mengenalinya sebagai
seorang yang sangat tegas dan akan tegur direct.
Tapi sebenarnya pribadi mcm tu lah yang betul-betul mendorong
pribadi yang ada sekarang ni. betul tak?
selalunya yang tegas tu akan melahirkan yang berjaya dan tak manja.
tapi inshaAllah akan jadi macam tu , tlg doakan ye hehe.
she understand me well sampai satu tahap i can't forget
that she gave me a book, my fav writer waktu saya tengah down sangat.
she said, "i hope reading will heals" alhamdulillah jazakillah!
maaf TBH, kalau ada akhawat "berolah" rasa nak kata, bagi kat
akak 2903 ni baru tau! (laughing) baiklah joking je keh.

0407
this is my fourth murobbi. murobbi dekat tempat study
while she is studying medic too tapi jauh sikit lah.
I love her sacrifice for us. brokennya english.
sebaya je tapi appreciate sebab dia sanggup jadi murobbi
dan turun jauh-jauh ke Surabaya nak tengok adik-adik riang gembira dia.
sekarang dia dah grad dan tengah HO, may Allah bless and keep you tsabat
in this path. akak ni best sebab dia memahami dan dia sangat
responsive kalau nak jadikan rujukan atau tempat curhat.
dia seorang yang santai dan sangat happy go lucky.
hope to meet you again, soon.
you are just fine there, aren't you?

1008
ini yang kelima mungkin? yes. she is.
tbh, akak ni periang. tapi bila tanya soalan mesti dia tanya balik (icon peluh)
tapi dia best macam akak 2903 jugak, suka tegur direct tapi still berhikmah.
yang best pulak bila tegur pun takes time mesti dapat terima.
mungkin sebab pemantapan fikrah dari semasa ke semasa.
kita tahu teguran tu sebab sayang, jadi we need to appreciate it.
jazakillah, sanggup ambik cuti and turun seberang jauh
nak tengok anak-anak dan cucu-cucu di sana hehe
best sebab teringin nak jadi macam mereka yang sanggup berkorban
masa, tenaga dan harta untuk dnt. :')

1811
Ni murobbi sementara, pernah sem break usrah dengan dia.
Best jugak sebab dapat berusrah dengan busywoman, successful woman.
salute sebab di sebalik jadual yang padat masih dapat turun buat usrah
walaupun sekejap. she inspire me that walau busy mana pun,
jangan lupa baca Quran. May Allah grant you tsabat in this path.
antara murobbi yang berilmu , i mean she know a lot of things.

0103
This is my murobbi, although tak pernah berusrah tapi dia adalah
murobbi kepada anak-anak di Raudhah, mudirah madrasah.
she has help me a lot in dnt especially bila dah further study.
Kadang memang depends on her, seek for her help and
ask for problem solving, scr tak langsung jadi konselor kepada kami. cia cia
hihi , best sebab rasa mcm mak kedua lepas mak kandung.
the one that convince me to further study there and alhamdulillah i made it.
semoga usaha murobbi ni jd bekalan untuknya di akhirat kelak.
jazakillahu khair :')

1810 & 1407
Tak dilupakan warden dua orang yang sebaya ni.
mereka pun banyak mengajar dan support dlm dunia dnt ni.
mereka ada waktu diperlukan dan mereka memahami.
mereka tegur kalau silap dan mereka bimbing untuk jadi lebih baik.
mereka jadi murobbi yang dalam masa yang sama jadi best friend.
jazakillahu khair antunna.

itu lah antara murobbi agung dalam hidup saya.
dan jangan lupa murobbi TERagung itu adalah Allah.
dan tak dilupakan juga murobbi sedari kecil iaitu mak dan bapak.
dan sebenarnya banyak lagi akhawat yang lain yang banyak
support dan sangat hargai sebab berada dalam circle dnt sekarang.
nikmat mana yang kita tak syukuri, lagi-lagi nikmat terbesar ni.

semoga Allah mengganjari anda di dunya wal akhirah atas usaha dan
 dorongan anda untuk diri yang marhaen ini :') keep being my murobbi forever


last but not least,
ana uhibbukunna fillah!
semoga dapat menjadi murobbi seperti mereka.
Related image

Wednesday, 2 August 2017

Struggle to Perfect.

Assalamualaikum .
guess what? Nak cakap pasal apa pulak kali ni?
Struggle to perfect?
"Eh takyah sembang lah, kita manusia mana ada sempurna"

Yes memang manusia tu tak sempurna, tapi tak salah kalau kita cuba untuk sempurna.
Tapi yang sedihnya bila kita nak kan kesempurnaan melalui expectations orang,
melalui harapan orang, melalui keinginan dan sebagainya.

Aku manusia.
Aku banyak buat silap, walaupun aku pernah berkata tentang perkara itu.
Aku kadang lupa, apa yang dah aku terima dan apa yang aku dah sampaikan.
Aku kadang lupa apa matlamat hidup aku, apa impian DnT aku..
Aku kadang lupa, nak jadi diri sendiri. . .

They count on me to lead my fellows.
I tried  my best tapi kadang tu aku ada buat silap jugak.
ada masanya aku rasa tak layak, kenapa lah dorang pilih aku?
aku introvert kot, introvert mana layak jadi leader eh?
suara hati aku ni banyak, tapi aku sangat tak konfiden utk suarakan.
Kadang mereka letak 100% beban kat bahu aku.
ada masa tu aku berjaya, ada masa tu aku failed.
masa failed tu memang kasi down, tak kurang juga masa berjaya.
Kadang kita ni, bagi tugas kat orang kita tak tahu apa kemampuan dia..
kadang kita cuma fikir, tak ada orang lain, tak ada jalan lain, dia ja yg kita boleh harap.
Dah mana pergi fellows yang hebat juga? Kenapa harapkan seorang dua sahaja?
kalau betul mereka tak boleh diharap tetapi still ada potensi, kan boleh diasah..
give them chances. to try an error. siapa tahu mereka boleh jadi Harun kepada Musa?
Kadang kita tak sedar, kita count on them make them depress.
they are struggling to fulfil your intentions, why don't you understand what they need?
why don't you listen to them not to reply, but to understand.
Mungkin ada something big they might tell you.

Kalau nak cakap tentang istiqamah dan tsabat. its not an easy thing.
Nak bina biah dalam rumah akhawat. Yes, you are the leader.
Bila sebut leader, haa memang tugas hang la nak bina dan hidupkan biah tu.
Kalau kau tak mula, dorang pun tak mula. sorang tunggu sorang.
bila fellows hang tak bagi kerjasama, lagi susah.
they are struggling to create it, bukan senang bila kita hidup dengan
berbagai ragam dan jenis manusia. but they try you know?
diri mereka sendiri pun masih ada karat jahiliyyah, mereka even dah
jadi murabbi sekalipun, rasa nak berubah tu masih ada tau.
kenapa? sebab mereka nak perbaiki diri mereka, mereka nak jadi qudwah
yang baik, mereka nak sampaikan benda mulia, so they should start with themselves.
then, kalau biah dan fellows tak membantu, so how?
Dah diajak, sudah dinasihat tapi diabaikan, do you know how it feels?
Tapi itu masih okay lagi, dia bangkit cari kekuatan. tah ceruk mana dia dapat kekuatan
semua tu dia buat demi kamu, fellows. akhawati fillah.
they are struggling to give the best to you. jom muhasabah.

Bila terkenang mad'u, ya Allah apa lah nasib mereka dapat naqibah macam aku?
Banyak hak mereka yang aku abaikan. Lagi-lagi sesama student ni.
Kena bahagi masa, nak study dengan nak dakwah. kena stabil. kalau tak,
mesti dakwah jadi fitnah kepada study, yup tipikal excuse.
nak buat usrah selalu kata , kena ready awal bahan. last-last dengan ada tugasan,
perjumpaan sini, fikir tentang itu, terlupa jadi lah bahan yang last minute. Allahu.
last minute pun nak kena prepare, nak tajdid niat lagi dalam perjalanan 2 jam ke
tempat mad'u. lepas dah habis usrah berfikir-fikir. "cukup ke bahan tadi eh?
berat tak ye? dorang okay ke tak, dapat terima tak?" pelbagai persoalan. bila tengok mad'u
punya post dekat medsos (baca:media sosial) macam ada yang tak kena,
"apa aku boleh bantu eh? takpelah doakan je baik-baik. eh aku nak sumbangkan apa?"
belum lagi yang lari dari medan dnt, yang selalu bagi excuse ini dan itu.
hati mana yang sekuat batu dengar semua benda tu.
sekarang ni pun dia try to gather as much as bahan untuk mad'u mereka.
they wanna change something, if they can do much better in present.
they need feedback and mereka dahagakan teguran kalau itu yang terbaik boleh
mereka lakukan. they are struggling too, to make you be a better muslim.
alah-alah mereka kena terima hakikat, bukan mereka yang memegang hati mad'u,
mereka cuma mampu membimbing dan menjadi keluarga kedua yang mereka
perlukan. Kalau kamu rasa kamu boleh buat jauh lebih baik, kamu cuba lah.
InshaAllah perkara baik Allah akan tolong.

Dalam jemaah ni kan, kita tak boleh bergerak sendiri.
"kalau nak laju bergeraklah sendiri, kalau nak istiqamah bergeraklah bersama-sama"
Aku bukan apa, kadang tetiba rasa syok sendiri. bila dah sedar terus rasa malu.
Aku ada banyak je plan tapi sekarang aku rasa ada ka orang nak dengar dan bantu
aku laksanakan? ke aku nanti syok sendiri juga? aku nak buat sorang, eh tak mampu kot.
lagi-lagi jiwa yang masih nak ontheway jadi qowiy ni.
Kadang kan kita cakap ini cakap itu, kita bantah ini bantah itu, kita suarakan ini supaya itu.
tapi i don't see clearly your effort towards what you said. clearly okay, bukan i don't see
any things. Kadang kita ni kata dulu fellows aku baik der, tak macam situasi sekarang.
okay, why don't you take it into current situation, mungkin kamu akan gembira?
but no, i don't see that things in you and kamu tak bawak pun kegembiraan kamu
masuk ke situasi sekarang. Kamu nak rasa tu sorang-sorang sahaja ka?
Kamu taknak share dengan fellows lain?
kadang kita ni cakap wah, aku segan pula nak dengar sebab aku tak sepetah kamu berbicara.
tapi kita ni tak nak cuba baiki yang asas. kita nak bergerak bersama, tapi kalau
hubungan sesama kita tak jaga, tak kukuh macam mana nak bina satu bangunan yang kuat?
mungkin juga, sorang tunggu sorang nak suarakan, last-last dua-dua tak buat,
akhirnya apa yang jadi? hmm strugglenya nak suarakan pendapat pun bukan mudah
dan nak terima pendapat orang lain. struggle nya nak turunkan ego dan ajar diri
tu berlapang dada dengan every situations, not as easy as singing ABC...
Kadang dia minta respon, tak ada jawapan. kadang dia minta pendapat, serba serbi sahaja.
kadang ada orang dia tak berkenan dengan "Morning how are you?", kadang dia mengharapkan
"morning, how are you today? what do eat for breakfast? do you sleep well last night? oh, no?
why is that?" Haa. Bila nanti kamu rasa jemaah tak seperti yang kamu harapkan,
cuba tanya pada diri, apa yang kamu dah cuba sumbangkan? terlaksana tak tanggungjawab
kamu sebagai salah seorang penggerak dalam jemaah kamu? aku yang tanya aku pulak yang
sentap. jom la sama-sama sentap.

Aku sayang kamu kerana Allah.
ungkapan yang sering kita dengar. ya. susah nak buktikan tahu? need struggle too?
yes of course! dalam persahabatan orang umum di luar sana pun ada masalah, apa lagi
kalau dalam ukkhuwah islamiyah, sudah faham tetap timbul masalah. kenapa begitu?
seperti yang Salim A. Fillah kata, mungkin imanku yang sedang rombeng.
ya, mungkin tika itu imanku tengah menurun. tertukar bahasa pulak. maaf.
kenapa kalau kita tengok dia murabbi kot, dia dah lama kot dalam tarbiyah, dia hebat
kot cakap pasal ukkhuwah.... tapi kenapa mereka still ada masalah ukkhuwah?
we are struggling to always be sincere in friendship, ikhlas kerana Allah, kalau tegur tu
sebab sayang bukan sebab nak buat dia makin jahat atau lemas, to always be open minded
dan berlapang dada untuk setiap situasi yang menyesakkan, untuk tak cepat terguris walau
dengan sebilah pisau lipat yang tumpul sekalipun. Fuhh, hakikatnya nak jaga ukkhuwah
ni bukan perkara yang senang. kadang kalau kita sendiri dah positive, datang pulak
syaitan bertopengkan manusia membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.
maka sekali lagi biah itu penting. bila kita nak jadi baik, tinggalkan jahiliyyah,
jaga tutur kata, cares for each other, tetiba muncul pulak mereka.. yang pandang
rendah dengan small effort kita, ajak tengok wayang, mencarut pulak, mematahkan
semangat dan menyalah tafsir kebaikan kita dan senarainya berterusan.
tahu tak strugglenya nak jadi baik kalau sahabat2 tak bantu?
tahu tak strugglenya nak buktikan uhibbuki fillah tu kalau dalam hati masih kotor,
masih ada penyakit-penyakit hati dan tak ada perisai untuk godaan syaitannirrojim
dan nafsu yang menyusahkan? susahnya nak buktikan bila mereka tak men-tsiqahi kita
dan ada penyebar fitnah di sana dan sini. kalau sesama akhawat masih begini,
jadi ada beza tak persahabatan orang umum blm ada fikrah dengan persahabatan
ukkhuwah fillah yang memang sudah disuapkan dengan kefahaman rahmah-based?

maaf lah kalau bahasa aku tak menyenangkan. this is what I feel and what some of them
feel. sekarang ni satu ja, aku dahagakan teguran kalau betul apa yg aku dan fellows
yang lain buat tu salah atau tak seperti yang mereka inginkan.
aku lebih banyak muhasabah dan berdiam diri sebab aku nak perbaiki diri aku.
di mana salah, di mana kurang? di mana harus aku tambah supaya sesuai
dengan keinginan mereka. bukan. sesuai dengan kemampuanku dan redha Allah.
jujur aku bukan seorang yang mudah untuk menegur tapi jika benar aku telah
menegurmu, maka itu adalah dari isi hatiku dengan rasa kasih sayang aku menasihati.
dan aku sentiasa cuba untuk berlapang dada setiap kali ada yang menegurku.
dengan rahmah atau pun dengan keadaan yang menyentap.
mungkin ada masanya aku rasa aku buat cukup baik tapi tidak di mata mereka.
mungkin ada masanya aku rasa aku saja yang betul, tapi aku harap akan ada
kehadiran malaikat bertopengkan manusia menegur dan membimbingku.
mungkin ada masanya aku terlupa bagaimana rasanya berada di fasa permulaan dan
di fasa mentaati pemimpin, aku harap akan adanya suara dari sorga yang
menarikku kembali , memahami dan mendalami hati mereka.
kadang kita memang tak sedar kita struggle to perfect bukan untuk Allah,
tapi untuk puaskan hati manusia, puaskan expectations mereka. sebab itu kita lemah.
kita jatuh. bila jatuh tak da siapa nak bantu. bila diceritakan hal yang menyesakkan
di dada, dibalas dengan itu ini. "kenapa lembik sangat? tahu tak nabi dulu...
iman kamu lah tu tak jaga, bila dijentik sikit terus futur"

pernah tak kamu duduk diam dan dengar, tengok mata mereka,
nampak tak retakan air mata yang hampir jatuh membasahi pipi mereka?
pernah tak kamu tanya, apa yang boleh saya bantu?
pernah tak kamu cuba faham situasi mereka sebelum
membentangkan segala nasihat dan teguran?

Image result for perfect quotes

everyone is having their own struggle.
even if we can't see it.
everyone want to be perfect
even they say you can't.
everyone want be heard
even when no one want to listen.
everyone want a change
even no one trust them.
everyone has a plan
even they may be no one to help.

sudah, kesat air matamu.
dunia sekarang memang mencabar.
kalau kamu nak ke sorga,
kamu bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

"ingatkanlah aku akan dakwah kita dan kepentingan hubungan kita dengannya,
sesungguhnya dengannya kita dimuliakan, tanpanya tiada persamaan antara kita.
ingatkanlah aku juga tentang hakikat bahawa dakwah itu sentiasa kekal dengan
atau tanpa kita, sekiranya engkau melihat aku berlaku cuai pada hak-hak dakwah"

muassis




Tuesday, 4 July 2017

Review Buku Inche Gabbana

Assalamualaikum
emm saja ja nak buat review, belum ada rezeki nak terbit buku sendiri ni
nak la tolong promote buku-buku Inche Gabbana keluaran Wahai.
Saya nak kata kipas-mati-susah belog APG tu emm kipas lah jugak haha
so far saya dah ada koleksi buku IG ni sampai APH je, novel akhi belum
ada rezeki nak beli, tak tahu nak beli kat mana macam belum restock.

okay seteret to the point je lah. saya akan review satu persatu buku IG
yang alhamdulillah saya dah berjaya baca (sebab saya lambat membaca dan
tak rajin sangat nak membaca unless memang menarik minat) tahniah karangan
Inche Gabbana berjaya memikat hati untuk membeli dan membaca serta
menghadiahkan kepada sahabat lain. nampak tak kipas mati susah nya kat situ
(ikon monyet tutup mata)

Chenta
Alhamdulillah dapat buku ni dari murobbiah saya. Masa tu tengah stress dan down
tentang further study. nak kata la kat sini sebenarnya buku ni jadi "healing therapy"
untuk saya masa tu. Sebab dalam buku ni nama dah chenta memang bab 1 dah cakap
pasal bapa, memang hujan terus la sebab berkaitan dengan situasi. best la buku ni,
banyak cerpen-cerpen yang menusuk qolbu, membuka mata dan menyejukkan jiwa.
tak ingat sangat tapi ada la certain bab yang saya pernah alami situasi macam tu
dan makna chenta tu luas, lagi-lagi kalau IG ambik quotes Salim A. Fillah memang
masyukkk. satu ja rekemen saya tentang buku ni, baca lah supaya kita dapat tahu dan
faham lebih mendalam tentang chenta. :)



Ikhwah Pakai Jeans
Haa, buku ni best jugak sebab boleh jadi salah satu rujukan buat seorang dai'e.
Kadang kalau tengah down tentang dunia dakwah dan tarbiah cuba untuk baca balik
mana-mana bab yang terselak, mesti akan kena. kadang terfikir jugak macam mana
laa IG boleh buat buku macam ni, tulis entry belog yang best walaupun "dalam" sangat.
dan buku ni bukan sesuai untuk ikhwah je, tapi isi dia sebenarnya sesuai untuk semua.
valid untuk akhawat juga. memang la ada jugak tajuk ikhwah songsang ke, tapi kalau
saya baca saya tukar je kepada akhawat. bagi feel baca sikit. hehe. Dan buku ni pun
saya dapat dari sahabat yang saya DF dan sekarang jadi mutarobbi saya, eh siapa DF siapa
ni? haha. alhamdulillah jazakillah. buku ni pun sahabat saya selalu jadikan sharing dalam
tazkirah sebab isi dalam buku ni ringkas tapi padat, penuh dengan nasihat dan teguran.
bacalah sebab kalau kita lama tak ikut usrah sekalipun, boleh bantu istiqamah dalam
tarbiyah dzatiyah inshaAllah.


Biar Tak Glamour di Dunia Asal Popular di Langit Sana
Yupp buku ni pun best jugak (hakikatnya semua nya memang best) IG mohon kempiskan
hidung. buku ni main point dia tentang ikhlas. Memang selalu tersedak baca sebab biasalah
manusia selalu buat silap dan kadang-kadang tu leka, perlu dijentik sikit untuk sentiasa
beringat. daripada buku ni saya dapat belajar yang ikhlas tu sangat sukar, bukan semudah
bibir bicara, tapi nak tahu diri kita sendiri ni ikhlas ke tak tu pun susah. Allah je yang tahu.
dan selalu lah doa untuk Allah buka hati kita supaya ikhlas dalam apa saja yang kita buat.
dua puluh empat palang tujuh tu kita kena make sure ikhlas, dan harap diterima oleh Allah.
daripada buku ni jugak saya belajar supaya keep on buat sesuatu sungguh-sungguh and after
that ikhlas akan timbul. dan saya belajar bahawa dalam dunia DNT ni memang panjang dan
agak sukar bukan agak memang sukar jadi kita kena sentiasa tajdid niat, kalau kita buat je
sungguh-sungguh tapi Allah tak terima kan ke rugi T_T  tajuk paling best part menjadi
selebriti langit, adiwira alquran. memang best la dan salute dgn IG dan Teme sbb xtunjuk
muka, biar orang tak judge dr rupa tapi ikhlas menerima apa yang korang sampaikan
dalam buku-buku karya korang. Bacala semoga dapat jadi rujukan
dan semangat untuk berdakwah dan ditarbiah kerana Allah sahaja bukan kerana mahukan
nama kita disanjung. Allahu.



Akhawat Pakai Hoodies
emm emm buku ni dah jadi buku fav setakat ni. sebab memang saya sukaaa pakai hoodies
dan sangat teruja bila tau tajuk buku IG adalah akhawat pakai hoodies. kadang nak jugak
buat "akhawat pakai sneakers" ke hehe inshaAllah. baru je habis baca, bila beli dah sampai
rumah, tapi tuan punya badan masih kat surabaya berjihad menuntut ilmu tak sabar-sabar nak
balik cuti raya sebab nak baca buku ni, tapi hakikatnya lepas raya baru dapat baca. hehe.
alhamdulillah, dan sangat amajing dengan Inche Gabbana sebab dapat buat satu buku tentang
lawan jantina dia, bukan senang tau nanti kalau silap lawan jantina tu nanti kondem terus. haa!
dan saya sangat appreciate it sebab dari sini saya sebagai akhawat boleh tahu sudut pandang
lelaki terhadap perempuan. macam dalam bab-bab chenta chentun tu, haa tu kalau IG ni lelaki
yang tulis, sah-sah lah kena ikut nasihat dia sebab dia lelaki dia tahu macam mana golongan
tu lihat dan layan perempuan. JZKK sebab dah bagi tips kat kami perempuan, dan bab paling saya suka adalah bab Makcik Hidayah dan banyak habuk masuk mata. bab makcik hidayah tu best
sebab dari situ la kita kena yakin yang hati manusia ni memang Allah yang pegang, dan hati
manusia tu sentiasa berbolak balik, jadi bersyukurlah kalau kita termasuk dalam golongan yang
Allah "tapiskan" untuk bertemu makcik hidayah. dan bab yang banyak habuk masuk mata tu,
hmm memang nak nangesss baca sebab tu adalah situasi kami sekarang T_T kami memimpin
bukan lah kami yang paling wara', paling qawiyy tapi kami sentiasa berusaha untuk buat
anda dipimpin sekali ke sorga, jadi kami sangat dahagakan teguran seperti ini untuk kami
ubah apa yang kurang dalam diri dan pimpinan kami. sebak. dan saya perasan IG tak ulas banyak
dengan surat tu, saya faham. tapi kalau boleh memang nak dengar respon IG lebih lagi tentang
tu, mana tau kot kot boleh jadi tips dan semangat buat kami. eh panjang pulak review aph sebab
masih segar dalam ingatan. banyak lagi kalau ikutkan tapi tak apa lah, inshaAllah ni pun dah cukup.
buat anda di luar sana, kalau belum beli grab it one as soon as possible! sesuai untuk dibaca ikhwah
juga tahu. last but not least sebak juga bila baca bab terakhir. macam nak baca lagiii, lepas tu bab terakhir tu memang menusuk qolbu. kadang kita sangat mengejar kesempurnaa dek harapan dan
expectation yang terlalu tinggi daripada orang yang men-tsiqahi kita. Jadilah sederhana seperti
fitrahnya seorang manusia kerana akhirnya akhawat itu seorang perempuan juga!

saya juga ada buku "ini cerita pendek aku" tapi lupa apa tulisan IG dalam tu, buku
tertinggal di Surabaya hehe. now looking forward to buy novel akhi.



hmm kalau nak disimpulkan, secara overal..
saya suka dengan penulisan IG sebab mungkin kena dengan jiwa dan cara fikir saya.
saya punya pendapat yang agak sama dengan IG dan alhamdulillah saya pun seorang akhawat.
dan saya sangat memerlukan buku-buku indie islamik dan buku tarbiah yang santai macam ni
untuk jadi panduan dan pembakar semangat obor olimpik ketika saya jatuh atau tertekan.
lagi-lagi saya punya waqi' is student, luar negara, sebaya dan orang guide dari jauh je tak
berada di kawasan so kami kena struggle lebih dan semoga buku-buku tarbiah macam ni boleh membantu.

Bukan lupakan Alquran dan as sunnah tapi ni sebagai tambahan. kadang terfikir jugak macam
mana respon orang-orang umum yang belum disapa makcik hidayah . apa respon mereka?
maaf, bukan nak sombong tapi kadang-kadang manusia mudah lupa, lupa di mana keadaan dia
sebelum disapa makcik hidayah. kalau ada mereka yang nak komen atau beri kritikan membina,
saya tak sabar nak dengar. mungkin boleh jadi titik tolak untuk kami ubah agar dapat jadi lebih
baik lagi dan saling melengkapi kelemahan dan kekurangan yang ada.

pendek kata, kalau taknak rugiii duit tu ada pergi lah beli buku-buku inche gabbana ni.
inshaAllah tak sia-sia tapi sebelum tu kena sediakan hati, sedia first aid kit takut kena tembak (deep)
nanti, sedia tisu dan baldi, tak kurang sediakan hati :)

jazakallah penulisan yang sangat memberi peringatan.
semoga Allah berkati usaha dakwah IG dan terus istiqamah.

semoga dapat jadi penulis macam IG suatu hari nanti, EH!

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...