Sunday, 30 October 2016

Kau ni dah kenapa?

assalamualaikum.
entry kali ni?
sama je dari sebelum ni. 
Susah nak move on?


Takpelah kau antara yg Allah pilih tau tak utk galas amanah ni.. Kau rasa kalau org lain ada ke yg nak? Kau tengok je lah yg lain. Dari situ nampak kau tu istimewa sbenarnya, kau yg terpilih dan kau lah yg terbaik. They count on you , thats mean you're the one among them. Allah tak tetapkan benda ni saja-saja. Mesti ada hikmah kan. Tak pa lah kau susah sikit je skrg ni. Blm tahap hidup susah lagi tu, come on. Kau msh ada banyak balance dlm bank tu, kau msh blh makan sedap, kau msh blh cari wifi, kau msh blh jalan keluar, masih boleh buat rutin harian. Sabar sikit lagi la.

 Org lain mana ada pengalaman mcm ni. Untung lah kau ada pengalaman susah mcm ni. Org mmg sng je bg kata smgt, bg kau tak rasa sedih n putus asa semua, dan kau tahu kau xnak kata2 tp kau just nak perhatian dorang kan. Ye lah kau blh je kata korang ckp sng lah korang tak rasa. weh appreciate lah sikit dorang punya effort taknak kau sedeh. Mgkn effort tu ala kadar je tp hargailah drpd terus tak respon kau kan? Haa. Syukur sikit blh tak? Kalau kau tengok rumah2 kecik sblh tu bukak pintu je dah tilam! Rmh kau Ni okay lagi kot! Walaupun takda sinki tp kau boleh beli lg brg. walaupun lembap kau msh ada duit nak kasi selesa. Rmh yg lain tu? Ntah mungkin lah kan rmh dorang nmpk mcm kotor sbb memang dorang tak mampu dan itu lah kehidupan dorang. tak reti nak syukur lagi ke? Kau tengok org tua dok kt jambatan sana. Kau tu okay lagi kot ada rumah weiii. Sedar diri sikit boleh tak? 

Tahulah kau tak pernah masuk kampung yg betul2 kampung, kmpg kau pn dlm bandar, mak bpk kau pn dh pernah kan ajar hidup ni tak semua kita nak kita dpt. Kau nak mintak pn susah kan? Bkn dr kecik ke kau dh berdikari. Guna van kot wktu tadika. Sklh rendah jalan kaki kot 1-2km. sklh mngh dh mula manja, mana tak nya. Ni kau dah dok bljr jauh, kau kena lah kuat. Kena lah bangun sndiri kalau jatuh, kena terus berdikari mcm mana kau dr kanak2 lagi. kalau kau takda tmpt nk curhat tu ha Allah ada. kalau xda tmpt nk bermanja, jadilah matang! Takyah dok merengek sangat. Takda org nak suap susu. Kau tu dah 22 tahun. try to act like your age. Muhammad al fateh dh jd pemimpin kot. Kau 22 jd apa?

 Dgn mslh adik usrah kau nak down. Kau igt nak tarik hati org ni mcm mkn kacang? Kau igt Rasulullah berdakwah dihampar karpet merah ke? Tak da nya senang mcm tu. Ni plan jadi x betul, serabut nangis. Lembap betul lah. adik usrah dok sorg demi sorg tarik diri kau dah rasa down. Salahkan diri smpai rasa nak quit? Wei org pts asa dgn rahmat Allah tu dosa , Allah tak redha tau tak... kau nak lari, nak lari ke mana kalau nanti akhirat Allah tanya, kau dah ada jawapan? Tu baru tarik org islam. Blm lagi berdakwah dgn non muslim. entah2 kau yg lari dulu. wei come on wake up. sikit2 nak kecik hati sikit2 nak merajuk sikit2 nak memberontak. bila nak matang? Bila nak rasional? Bila nak berdikari? 

Wei bangunlah. Ni lah mujahadah kau. Ni lah medan tarbiyah kau. Ni lah medan dakwah kau. Ni lah medan qudwah kau! Ada kerja tanngguh, pastu buat last minit jd stress. Kau lah yg cipta stress tu, bkn org lain. wei come on. Wake up mcm tu ke akhlak akhawat? Kau kata kau kering tp tak cari Allah pn. Kau pg mall dpt apa? Kau pg pantai dpt apa? Kau pg tgk wayang dpt apa? Dpt ketenangan yg kekal ke? Sekjap lgi stress balik. kata xrasa biah, tp kau tak pn mulakan biah tu. Kau igt org lain tu nak sgt ke? Kau lah kena tunjukkan akhlak, dakwah bil hal! Qudwah qabla dakwah! baih tu, mulakan dari diri sndiri ,cuba hadirkan diri dan ikhlaskan hati wlpn kau sbnrnya tak tau kau tu dh ikhlas ke blm. Apa lg org lain nk judge org lain ikhlas ke tak kan. biar nanti org lain ikt tanpa diarah tp ikt sbb qudwah. Dorang akn timbuL rasa malu sbb tak buat, timbul rasa jeles sbb dia pnya amal x bnyk lg. Timbul rasa competative dlm beramal. Biar lah yg tu bagus. Biar mula2 rasa tpksa, rasa nak berlawan. Lama2 nanti dh terbiasa ikhlas tu akn muncul dgn sendiri.

 Kau rasa fed up sbb dorang tak fhm2, tp kau ada ke Usaha ke arah nk ajak dorang kpd kebaikan?? Tanya diri kau balik. chcek balik apa kau dh buat? Apa je pengorbanan kau? Apa je yg dah kau beri contoh? Aku tahu kau tengah tulis ni tengah lawan segala rasa yg ada dlm hati. I know that you fight your feelings. I know you are brainwash yourself. I know that you've mad towards yourself for being helpless and useless. I know you're being positive although your mind go negative. but this is the reality you have to face. Rasa down tu blh, tp sampai bila? Takkan asyik nak down je, kau tak letih? Asyik nak diam sedeh nangis being alone, without doing anything? Cari lah alternatif. Ubat & cure yourself. Dorang tak paham, bagi dorang paham. Dorang tak nak bagi dorang rasa nak. Dorang buat kau down, kau kena up balik! Bila mak kau call, tanya "kau okay tak?" "Haa apa mak?" "Kau kat sana okay tak?" Terkedu sesaat. "Okay je..." That is your reply when you can't tell her what going on . you can't tell just because you don't want to make her worry. 

Actually you are brave enough, you are strong that you can handle it yourself. you are the champion if you lift yourself back to what you should be doing. You are the best when you can rise up after breakdown in the darkness. You are not alone. Allah's there, and there are human who care for you. Lift up your head, shed your tears, stand up and walk again!



it is just ... an entry... 

Sunday, 18 September 2016

Move on, please?

Assalamualaikum

Emm, rasanya kali ni nak post entry tentang apa eh?
entah. mungkin random. apa yang tangan nak taip. itulah dia.

Baru-baru ni dah khatam baca buku "Heartshot buatmu ikhwah"
Buku tu sangat best sebab das tembakan dia tu tak pandai habis tau tak? -.-'
Memang bagus dibaca untuk jiwa-jiwa yang tengan kering,
iman yang up & down , tak stabil, untuk dai'e yang hampir jatuh gaung (futur)
Allahu, memang lumrah ada part dalam hidup akan ada masa-masa
macam ni, tak kan selalunya kita di atas, takkan selalunya dan setiap masa
iman kita berada di graf yang paling atas, kan?

Banyak juga lah benda yang baru tahu, pengajaran dan pengalaman baru
yang dilalui bila dah hadam buku tu. Kena heartshot tu memang pedih tau,
memang sangat sakit bila ada part yang buat kita rasa sangat deep. Mak ai
susah nak move on kalau baca sorang!

Kadang-kadang kita rasa nak futur sebab kita tak keluar dari "comfort-zone" kita.
Sebab kita malas nak berkorban, tak ada usaha nak baiki diri, baiki orang lain
apatah lagi kan? comfort-zone buat kita buang banyak masa. Sampai kita rasa bosan.
Padahal sebenarnya banyak je tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Kata hati kering, tapi tak tambah pun mutabaah amal,
hati kering marathon pulak tengok movie kan? Dok sembang benda tah apa-apa
boleh je berjam-jam, nak ajak bincang tentang RI, tentang planat dnt,
muka jadi resah, tak ada masa lah, tak tau nak bincang apa.
Kata hati kering, tapi yang kau cari tu kesenangan je, keseronokan sahaja.
Padahal yang bagi hati tu basah kalau kita ingat kat Allah.
Nak bagi hati tu basah, cari balik Allah, Allah kat mana dalam hati kita? Allahu.

curhat ke apa ni? hehe. tak lah. cuma cakap benda realiti. bukan imaginasi mahupun fantasi.
Bagi saya, kalau dah semangat tu, tak dapat nak semangat sorang-sorang.
Kalau semangat nak buat dnt, nak baiki diri dan org lain tu sorang-sorang
memang tak istiqamahlah jawabnya. Kan? sebab kita perlukan bantuan sahabat-sahabat
yang sefikrah untuk jalankan "misi" kita.
Kadang saya terfikir paksaan tu lebih baik lagi dari rela.
Sebab bila benda tak dipaksa taknak buat, malas buat. dan paling teruk taknak buat.
Tapi bila rasa terpaksa kadang akan buat walaupun berat hati kan.
Dan sangat berharap selepas dah lama rasa terpaksa tu, kerelaan akan timbul dengan
sendirinya tanpa disedari. Tu la yang orang kata kemanisan dalam beribadah dan buat dnt.
Allahu rindu sangat perasaan tu. "ke ko nak orang paksa kau sekarang ni?" eh emm. . .

Kadang kita rasa berat je sesuatu benda yang kita lalui, apatah lagi sesuatu benda
yang perlu keputusan kita. Yes, kadang memang susah nak buat keputusan.
Sebab kita yang dah ada fikrah ni perlu berfikir rasional dalam keadaan fikrah itu sendiri.
Faham ke? maksudnya apa-apa keputusan kita mestilah berdasarkan fikrah yang kita
dah ada sekarang. kalau kita fikir macam orang biasa fikir, memang rugi lah kan.
Ee senang je aku kata macam ni kan, padahal hati ya Allah berat sangat.
Kadang ada keputusan syura yang kita sebenarnya tak dapat terima, tapi kita tak
berani nak suarakan sebab kita rasa malu kalau nak kata "taknak".
Atau kadang kita perlu terima keputusan syura sebab keadaan yang membuatkan
kita mesti terima. "sami' na wa ato'na " ya Allah ungkapan ni boleh bergetar jiwa.

"Dan kami tidak membebani melainkan menurut kesanggupannya, dan pada kami
ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya , dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)"
Al-mu'minun : 62

Allah pujuk dengan ayat cinta dari Dia. T_T
Walau kita rasa berat sekalipun kan, tapi sebenarnya kita mampu je buat benda tu,
terima keputusan tu. Sebab kita kadang tak tahu apa hikmah disebaliknya,
kenapa Allah pilih kita, bukan si fulan. Kenapa Allah bagi tugas ni kat kita, bukan si fulan.
Allah dah kata yang kita tak kan dirugikan pun kalau kita ikut apa yang diperintahkan.
Dan ada satu lagi ayat yang memang tak boleh nak kata "taknak" .


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. " [QS.At-Taubah:111]

Allahu, Allah dah kata dia beli diri kita dan harta kita untuk dnt ni. 
Allah dah offer nak beli, tak kan kita taknak jual? Sebab kita tahu kalau kita jual 
kita akan dapat comission nya yang tak ternilai besarnya iaitu sorga yang abadi. 
Tak rasa spesial kah kita bila yang dipilih itu, kita, diri kita bukan orang lain?
Tak rasa istimewa kah kita bila yang dipilih untuk galas amanah dan tanggungjawab 
yang besar itu diri kita, bukan orang lain? 
Tak ke rasa kita ni orang yang di-thiqahi? 
Dan ayat cinta Allah yang sangat romantik tu, "bergembiralah dengan jual beli yang telah
kamu lakukan, tiu adalah kemenangan yang besar" Allahu, masuk habuk ke mata tu? 
Memang kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi inshaAllah kalau kita betulkan niat, 
ikhlaskan diri, mujahadah lillahi taa'la, di sana nanti kita dapat meraikannya. Amiin. 


Image result for move on


Allahu , please move on. Anda ingat move on ni untuk orang putus cinta sahaja kah?
Nak tulis entry ni pun berat sebenarnya, sebab ni nak nasihat diri sendiri terutamanya.
Nak bagi sejuk sikit hati, sendiri pujuk diri lah senang kata. 
Tapi saya tulis bukan untuk saya seorang, saya harap sesiapa yang baca boleh 
move on daripada apa jua "hard times" yang dia tengah lalui. 
Dan saya harap yang baca ni juga kalau mengenali saya, boleh bantu 
saya untuk move on, sentiasa beri dorongan dan push saya demi kebaikan kan.
Dan tak lupa untuk sama-sama move on dengan saya dan kembalikan 
hamasah seperti suatu ketika dahulu! aiwah! 

"entry penyejuk hati" 

the end 

Image result for move on islamic quotes

Monday, 29 August 2016

Baiti Jannati (RI)

Assalamualaikum.
Emm tetiba rasa nak share pasal RI (baca : Rumah Islam) bukan Republik Indonesia okay. hehe.
Tah, lately asyik fikir tentang RI. Kadang, nak jugak pergi RI yang lain, nak rasa macam mana suasana mereka, dan nak jugak attend kalau lah ada akhawat nak buat talk tentang RI kan.
Mungkin saya kurang arif tentang RI tapi ada la sikit yang saya alami sendiri dan akhawat yang
lain kongsikan kepada saya. Its not just a tips but more likely to calm myself and to reflect more.
Saya , sejujurnya memang lah mengidamkan sebuah RI yang memang biah solehah dia benar-benar
hidup, bukan sekadar beberapa orang sahaja tapi semua ahli bekerjasama dan bagi komitmen.

Apa tujuan RI? Kenapa mesti RI? Kenapa nak duduk kat RI? and the list of questions continue ...

So how I'm gonna start? okay sorry blur kejap.
Oh ha, sebelum kita masuk RI yang dah sedia ada ataupun rumah baru yang akan menjadi RI,
kita kena faham apa tujuan RI? Sisters sekalian rasa-rasa kenapa mesti wujudkan RI?
okay dah, masa untuk berfikir dah tamat. Eh.

Tujuan kewujudan RI ni sebenarnya nak hidupkan biah solehah (Baca : persekitaran yg baik dan
soleh). Sebab apa kita nak hidupkan biah tu, sebab kita tahu kita punya iman ni yazid wa yankuz (baca : ups and downs) , sebab kita nak diri kita berubah , kalau belum baik berubah jadi baik, kalau dah baik berubah jadi lagi baikk. Kita nak berubah, takkan kita nak berubah sorang-sorang, sebab kalau kita sorang yang berubah, alamatnya kita tak kan kuat. kita perlukan sahabat yang akan
menegur silap kita, yang akan tolong ingatkan kita waktu solat, ingatkan kita untuk baca quran. Bukan berkaitan ibadah sahaja, tapi biah juga akan bantu kita mengeratkan ukkhuwah sesama
bila kita makan jemaah dalam talam, kita sama-sama masak, kemas rumah, tidur pun berjemaah.
Sebab daripada aktiviti berjemaah ini lah nanti biah tu akan benar-benar "hidup".
Kita nak wujudkan RI sebab kita tahu bila hidupnya biah solehah , kita akan sentiasa ingat Allah,
kita akan sentiasa berada dalam persekitaran yang baik, malah Allah pun akan redha dan
sayang dekat sisters sekalian . (kenyitmatasikit) - korang buat jugak eh?

Tapi, kalau niat kita nak masuk RI tu lain, jadi kita kena faham tajdid (baca: Update) balik niat kita.
Kalau kita wujudkan RI sebab nak letak nama - nama islamik yang gah sahaja belum cukup baik
niat tu. atau kalau kita nak duduk RI sebab ada hakak-hakak yang shomel gebu dan baik hati boleh
kasi diabetes sweetnye tu, belum cukup baik niatnya. Ingatan untuk diri sendiri jugak, perbaiki niat kita dahulu. InshaAllah kalau niat dah baik, mari kita teruskan!

Apa yang ada dalam RI? Akhawat buat apa je?
RI is stand for rumah islam. rumah, buatlah rutin macam anda di rumah .
Tapi rutin ni mungkin lain sikit dari rumah, sebab tak semua family berjemaah di rumah.
Di RI inshaAllah berjemaah tu satu perkara penting, sebab dari situ lah wujudnya RI.
Kalau "dewe-dewe" (baca : alone) tu bukan RI , except for certain things la. You know what it is.
Solat jemaah, baca al-mathurat jemaah, baca al-mulk jemaah.
kenapa mesti jemaah? La, kan solat berjemaah tu lebih besar ganjaran nya. Nak 1 ke 27?
Kalau baca mathurat jemaah, takla mengantuk sangat kan (hakikatnya ada ja yang ngantok)
Baca al-mulk jemaah biar kasi hidup aura Al-quran dalam rumah tu. hoyeahhh.
Rumah yang dibaca al-quran inshaAllah dilindungi dan bercahaya.
Kemas rumah bersama, ya lah dah duduk serumah, tak ada service maid, semua kita buat sendiri.
Bila kemas rumah bersama, kita dapat rasa kerjasama dan kematangan kat situ.
Kalau nak buat assignment berjemaah pun dialukan, bila ada masalah boleh bertukar pendapat
atau tanya kawan-kawan yang lebih arif. Indah kan duduk RI kalau semua ahli bagi komitmen
macam ni? (loveloveeyes)
Tak lupa jugak, RI ni mengamalkan syura (baca: perbincangan dan bertukar pendapat) so that
kalau ada timbul apa-apa masalah ke, perselisihan faham ke, anythings about the RI,
dengan syura inshaAllah semuanya boleh diselesaikan. dengan rasional dan matang.
Kalau tak ada syura, agak susah sebab tak ada komunikasi. masalah pun tergendala macam tu ja.
Syura ni kalau tak ada penyelesaian, jangan segan tau mintak pandangan murobbiah atau senior-senior, sebab mungkin ada hal mereka lebih berpengalaman. Just don't ego and accept others opinion.
Kalau ada yang perlu ditegur dengan sikap seseorang, lebih baik personal sebab tu boleh jaga aib
dia. tapi kalau nak bagi pengajaran kat ahli lain, so why not just don't obviously mention who's fault.

Apa cabaran duduk RI?
Wuih jangan ditanya, hidup ni pun bukan perfect, jadi memang akan ada masanya Allah akan uji.
Uji ukkhuwah kita, uji tahap kesabaran kita, uji macam mana kita berfikir dan bertindak, how we endure the trials and tribulations. But most of all, its about patient. Sabar kena banyak.
Sebab kalau kita expect semua orang boleh buat apa yang RI tetapkan, you'll just get frustrated.
Bak kata sorang akhawat ni, kita kena ada mindset "banyakkan memberi" . Jadi bila semua orang
ada mindset macam ni , orang pun akan banyak menerima. Kita duduk RI bukan semua yang
dah 'faham' kan. Dan selalunya RI ni banyak sangat miscom, sebab kita banyak assume tapi tak pernah clarify. Kita anggap semua akhawat jadi semua faham, tapi kita tak tahu sejauh mana mereka faham kan. Jadi kalau ada sikap yang tak berkenan atau jauh dari islam tu, kita try
slow talk, or kita tegur dengan berhikmah. Ingat, kat sini berhikmah tak semestinya lembut.
Berhikmah maknanya luas. Ada jenis orang tak boleh ditegur direct, ada jenis orang kena
betul-betul baik dengan dia baru senang nak tegur. Atau mungkin juga kita tengok ada orang
jenis dia terus berdiam diri selepas ditegur, maybe she takes time to heal and make a change kan?
Dalam hal macam ni, kita semua kena banyak bersabar, sentiasa berlapang dada dan husnudzon
(baca : bersangka baik) dengan semua orang.  Komunikasi tu perlu lancar dan toleransi antara ahli
RI kena selalu 'upgrade'. Kalau ada masalah, berterus terang dan tanya apa masalah , lepas tu
sama-sama cari penyelesaian. Take positive action, rather than assuming and backbitting.
Tapi jangan ignore juga kalau ada orang yang tegur kita, terima lah. Sebab kadang-kadang
kita tak nak nampak apa silap kita, jadi Allah jadikan sahabat kita tu pengantara untuk tegur
kesalahan kita. Jangan sesekali ada perasaan yang hanya kita boleh menegur, tapi kita tak nak
terima teguran.

Memang la akan jadi personality clash. Sebab manusia kan banyak ragam, and we have to tolerate to it no matter what. Sebab kita dah duduk serumah kan? Manusia biasa sahaja yang ingin ubah diri dia sahaja, tapi kalau kita nak jadi luar biasa, kita ajak lah sahabat yang lain untuk sama-sama berubah.
That's what RI should be. Akhawati fillah, dalam kita sibuk memperbaiki diri dan orang sekeliling,
kita jangan sesekali lupa untuk berdoa. Sebab doa kan senjata muslim dan Allah tu dengar setiap
apa yang kita ungkapkan , walau terdetik dalam hati pun Allah dengar.
Lepas solat selalu bacakan doa rabitah, bayangkan wajah-wajah sahabat kita, sebut nama mereka,
tak pun waktu kita masak, doa supaya hati mereka lembut, waktu kita nak makan sama-sama,
waktu kita tahajjud lagi Allah dengar. InshaAllah Allah akan kabulkan, just now or later saja.

Sisters, kita memang akan kecewa kalau apa yang kita expect lain daripada yang kita hadapi.
RI tu diduduki oleh akhawat dan mungkin ada sahabat-sahabat yang baru bergelar akhawat
masuk duduk serumah dengan kita dan mereka juga akan sama-sama mencorakkan rumah tu
menjadi RI. Bila dah letakkan nama rumah tu, biar ada makna. Bila semua ahli tahu apa makna nama
rumah, so biarlah kita semua mengambil iktibar dan motivasi untuk menghidupkan nama rumah
tersebut. Biar nama rumah bukan sekadar nama, tapi nama rumah tu sepadan dengan ahli-ahlinya.
Just improve ourselves and impact others untuk sama-sama jadi baik. Sisters kena betul-betul
jelas dengan function RI supaya nanti lebih mudah untuk hidupkan biah. Ingat, akhawat bukan
malaikat (kenapa nak kaitkan dengan malaikat walaupun manusia lebih tinggi darjat dari malaikat), sebab malaikat sentiasa taat kepada Allah dan tak buat dosa. Tapi manusia ni Allah sentiasa bagi
pilihan. Its their choice to change or not. Kalau ada masalah, duduk makan sama,
cuba slow talk jadi pendengar yang setia, dan try solve the problems.

Last but not least about RI
Tugas nak hidupkan biah dalam RI ni bukan tugas individu tau, bukan cuma tugas ketua rumah.
Itu adalah tugas semua ahli untuk dapatkan biah tersebut. Kalau kita betul-betul nak , kita lah yang
mencorakkan RI tu dan ajak sekali ahli yang lain. Sekarang inshaAllah dah faham apa tujuan RI,
jadi semua ahli sesebuah RI tu kena sama-sama all out untuk hidupkan biah, untuk jaga ukkhuwah
dan untuk sama-sama merasa bahagia. Hehe.

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ


"Siapa yang kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan jadikan orang itu fakih terhadap dien." (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya, dari Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiyallahu 'Anhu)

Maksudnya jika Allah nak beri kebaikan kepada kita, Dia akan ganjari dengan kefahaman kepada agama. :)


وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka [orang-orang yang beriman]. Walaupun kamu membelanjakan semua [kekayaan] yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (anfal: 63)

Kita boleh usaha, kita boleh bagi apa saja untuk sahabat kita, dan kita pun boleh
doakan mereka, tapi above all of it, Allah sahaja yang dapat mempersatukan
hati kita. So, have faith and keep on praying. Never lose hope. :)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

See, kalau kita tak ada usaha nak ubah diri sendiri dan orang sekeliling, jadi macam mana 
Allah nak tolong kan. Bila kita usaha maksudnya kita mahu, jika kita tak usaha maknanya 
kita tak mahu. Think about it. :) 

Wallaualam.
Itu sahaja yang saya mampu dan setakat itu lah kefahaman saya terhadap RI.
Yang saya sendiri alami dan saya pergi ke RI yang lain dan sharing RI daripada hakak-hakak
yang baik hati . 

Or, kalau nak baca lebih lagi , boleh tengok kat sini - > https://muharikah.wordpress.com/2011/02/09/rumah-islam/ 
tulisan Muharikah, seorang akhawat juga . 
Dalam ni Muharikah ada beri 3 tahap RI, jadi memang perlu untuk anda juga baca.

Juga di sini - 
> https://books.google.com.my/books?id=gmkIBAAAQBAJ&pg=PA89&lpg=PA89&dq=Rumah+Islam+(RI)&source=bl&ots=_RdTX0aGtL&sig=tBJUB_NBQoMdrilyB4beHZMEVzA&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjY85fDgubOAhVLtI8KHfm8AHUQ6AEIUzAI#v=onepage&q=Rumah%20Islam%20(RI)&f=false

tulisan akhi Aizzat. 
dalam tulisan tu dia jelaskan sejarah RI , syarat RI dan apa tonggak utama RI. 
Perlu juga anda baca, mana tahu jadi pelengkap tulisan saya. hehe.


Jazakillah akak-akak yang share 
dan jazakillah untuk post-post tentang RI. 
semoga dapat RI seperti yang diidamkan. Amiin.

Alhamdulillah dapat menulis dengan tenang. ini sebenarnya entry yang kedua.
Entry pertama berbaur luahan dan rasa macam tak sesuai .

Semoga Allah redha. 

Wednesday, 8 June 2016

The Power of Dua

Assalamualaikum
Salam Ramadhan al mubarak!

Bulan mulia ini adalah masa yang paling sesuai untuk seseorang make a turning point
dalam hidup dia. Sebab apa? siapa yang berubah bulan mulia ni, orang tak kisah sangat.
Sebab orang tahu, bulan ni adalah bulan ibadah, bulan kemuliaan, bulan kebaikan,
bulan pahalanya berlipat kali ganda , bahkan bulan yang ada satu malam spesial gitu
kalau beribadah pada malam tu seolah-olah beribadah untuk seribu bulan! Wahh.
Never let go this golden oppurtunity, okay?

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita dan beri peluang untuk kita bertemu
dengan Pakcik Ramadhan, dan siapa tahu ramai yang akan bertemu dengan makcik Hidayah kan? Eh.
Mungkin awal-awal ni belum panas enjin lagi, tapi jangan biar lama-lama, nanti lesu pulak!
Mulalah dengan sedikit, tapi istiqamah. InshaAllah yang istiqamah itu lah yang lebih berkualiti.

Ada juga orang kata bulan ni kena banyak berdoa
Sebab bulan ni malaikat kerja over time! Malaikat sangat sibuk menerima dan menghantar
doa-doa hamba Allah, tak kira masa, tak kira tempat, tak kira siapa pun.
Dan waktu yang inshaAllah mustajab adalah doa sebelum kita berbuka.
Bukan doa buka puasa, tapi doa yang ikhlas sebelum mengakhiri ibadah puasa pada hari tersebut.

Well, bulan ni adalah bulan kesabaran.
Dah namanya bulan kesabaran, jadi kena banyak la bersabar sebab memang Allah akan uji.
Lagi-lagi uji nafsu kita yang bermaharajalela di dalam diri !
Jadi, dalam berdoa tu kena ada sabar nya jugak. kenapa?
Sebab doa ni ada 3 cara Allah makbulkan.

1. Allah makbulkan on the spot
2. Allah hold dulu doa dan makbulkan bila tepat masanya.
3. Allah tak makbulkan tapi Allah bagi yang lebih baik daripada yang kita doakan.

See, Allah tu sangat lah penyayang terhadap hambaNya.
Berdoa ni kan, bukan boleh sehari je, bukan sekali je.
tapi kena istiqamah jugak dalam berdoa.
dan yang paling penting adalah dalam kita berdoa, jangan lupa YAKIN.
Kalau kita tak yakin yang Allah Maha Mendengar, macam mana Allah nak kabulkan?
Doa pun ragu-ragu, come on...
Dalam berdoa, jaga jugak makan minum kita, pastikan dari sumber halal.
dalam berdoa juga, jaga ibadah wajib kita, sertakan dengan yang sunnah.
dalam berdoa, turuti hukum Allah, jangan sekali ingkar.
dalam berdoa dan mahu dikabulkan, jangan lupa untuk berdoa kepada orang lain.
Kan doa seseorang terhadap orang lain dalam diam itu, malaikat mengaminkan untuk diri
orang yang berdoa juga,,,
Jadi, jangan sesekali meremehkan doa.

Let me tell you my experience.
Dulu saya sangat tertekan sebab hasrat nak sambung belajar tu , Allah uji sangat.
Lama saya tunggu nak sambung degree selepas tamat stpm.
Tapi lepas stpm, saya cuba masuk ke institusi agama, kiranya untuk menunggu keputusan upu.
Tunggu punya tunggu upu yang first skali gagal dan pihak institusi offer untuk
sambung ke negara seberang. Tapi keizinan daripada orang tua susah saya dapatkan.
Maka bohonglah kalau tak tertekan dan sedih.
Dalam saya mencuba untuk apply lagi upu, pujuk orang tua.
saya tak tinggal doa. kadang tu ada ragu-ragu, macam tak mungkin lah..
Hati berbicara dari dalam membuat minda jadi ragu.
Tapi percayalah, doa yang istiqamah, yakin sepenuhnya kepada Allah dan
bersedia untuk tawakkal, itu lah yang terbaik.
Doa-doa juga, tapi tengok juga waktu-waktu doa mustajab.
Jangan remehkan waktu-waktu mustajab untuk berdoa sebab Allah sentiasa tengok effort
kita untuk mendapatkan something. kan?
Dan tanpa hilang keyakinan, setelah upu kali ke empat gagal,
Allah izinkan saya sambung ke negara seberang. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.
Memang la banyak perkara perit yang dilalui dalam usaha kita berdoa untuk
mendapatkan apa yang kita inginkan, tapi percayalah.
kuasa doa tu kita tak tahu. kuasa doa itu lah jadi penguat kita.
kuasa doa itu lah jadi senjata dan kuasa doa itu lah yang meningkatkan keimanan kita
kepada Allah!

Pesan saya, dalam berdoa kena yakin.
Dalam berdoa kena ada sabar.
Dalam berdoa kena ada husnudzon, sbb Allah itu mengikut sangkaan hambaNya.
Dalam berdoa kena ada usaha!
Dalam berdoa untuk diri, doakan orang lain juga ...

Sempena bulan Ramadhan ni, banyakkanlah berdoa.
Berdoa bukan setakat kita nak mintak sumting,
tapi berdoa untuk panjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

InshaAllah semoga bermanfaat.
Happy fasting, happy iftar & happy Ramadhan!

Friday, 15 April 2016

A little reminder, for precious youth!

Assalamualaikum and alhamdulillah I have time to update my bloggie :) senyum siket

Well, the title was just a title from me,
sebab niat nak share apa yang saya dapat daripada tausiyah oleh Ustaz Ali Fathullah,
tausiyah dia tak ada tajuk, hihi jadi saya create tajuk yang sesuai lah, santai saja.

Bismillahirrahmanirrahim .

Pertama sekali ustaz cakap pasal nikmat. Ya, nikmat ni sebenarnya banyak dan jarang sekali 
manusia nak bersyukur, dan bila ditimpa masalah, mula merungut tak tentu pasal.
Itulah manusia kan, semua serba tak kena. Diberi nikmat, tak cukup. Diberi musibah, lagi merungut.
Allahu, peringatan untuk diri sendiri pertamanya untuk sentiasa bersyukur. 
Eh, kau setiap hari kot lalu gang 8 ni, tiap hari kau lalu rumah orang miskin,
tiap hari kau lalu tengok apa mereka buat. Tiap hari kau lalu tengok budak-budak cuma main 
layang-layang ja. Tiap hari kau tengok mak dan bapak gendong bayi kat luar rumah tengah 
hari panas. Allahu, kenapa masih tak bersyukur. Tiap hari jugak kau lalu belakang UIN tengok nenek
mengemis. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?? *letak kepala dalam kolah * 

Ustaz kata, hidup ni kalau tak ada pertahanan, memang susah. Tapi kalau ada pertahanan, inshaAllah simple & mudah. Apa pertahanan tu? Haa, jaga yang ASAS, sebab yang asas itu lah yang mengukuhkan diri dan iman kita. Kadang-kadang bukan masalah yang datang kepada kita, 
tapi sebenarnya masalah tu kita sendiri yang cipta ! Kalau tak percaya, mostly lah saya pun rasa macam tu, cuba reflect balik masalah yang anda pernah lalui. Berpunca dari apa sebenarnya..? 
Sebab itu lah asas tu penting, kena jaga. Jangan pandang remeh, sebab tu memberi impak yang besar!


SYUKUR 
Ustaz Ingatkan banyak kali untuk bersyukur. Sebab apa? "Jika kamu bersyukur, maka akan Ku tambah nikmatmu, tetapi jika kamu ingkar, maka azabKu sangat pedih" aa tak ingat surah apa hii. 
See, Allah tu Maha Pengasih tau tak? Dah jelas Dia kata siapa yang bersyukur tu, Dia akan tambah nikmat. Bersyukurlah wahai pemuda harapan! Jangan sering mengeluh merungut bila ditimpa kesulitan. Betul masalah datang daripada diri kita. Kalau cakap syukur mesti anda kaitkan dengan duit kan? Nah, bila dompet keluar butterfly merungut sebab duit tak cukup. Orang mintak untuk keperluan dan kepentingan, kata duit dah habis. Tapi cuba reflect balik, duit yang sepatutnya cukup tu guna beli apa? 

Kalau kat Surabaya ni ustaz tanya, siapa yang tak pernah pergi Assalam, Coffee Toffee ?? Haa sentap baq hang! Masalah tu daripada kita sendiri. Kita yang tak berjimat, kita yang tak susun bajet, semua tu kena fikir sendiri, berdikari sendiri. Kalau dah tau diri tak pandai nak jimat, mintak tolong orang yang boleh dipercayai. Hmm, sekarang aku faham kenapa Madrasah tak bagi bantuan kewangan. Pada pendapat saya, madrasah itu mendidik anak muridnya untuk berdikari, menjadi seorang yang berguna sesuai dengan syariat Islam. Madrasah tak bagi sebab mereka dah tolong pelajar melalui baitulmal. Tak semua orang boleh dapat baitulmal dan sekarang baitulmal dah ada kepercayaan terhadap madrasah dan bantuannya, lumayan der! Kau kata tak cukup? Allahu. 
Syukur lah sebab kepercayaan pihak baitulmal tu adalah setelah ada pelajar yang lulus dari UIN, syukur lah mereka dah membuka jalan untuk selesaikan satu masalah besar. Lepas tu, budak sarawak boleh lagi apply yayasan sarawak. Yayasan sarawak bagi lagi banyak kot. Apa lagi yang tak cukup. Emm, saya tak dapat tapi alhamdulillah orang tua masih dapat tampung. Cara nak bersyukur kena mula belajar berjimat. 

Kalau anda tak syukur, cuba tengok orang yang lebih berat lagi kesusahan mereka daripada kita. 
Hmm macam yang ustaz kata, tengok orang depan (maksudnya sepanjang gang majoriti rumah kecik) Mana mereka nak dapat RM800 sebulan? Kadang aku rasa selalu sangat jumpa mereka, mungkin saja mereka tak bekerja, tapi macam mana mereka ada duit? Allahu. Tengok balik nikmat yang Allah dah bagi, jangan cari yang tak ada dan jangan pernah lari dari bersyukur. 



JAGA YANG BASIC 

Yang basic ni lah kena jaga betul-betul. Apa yang dah diamalkan di madrasah tu jangan tinggalkan.
Madrasah tu medan tarbiyah, dari situ lah kita kena tarbiyah, dan apa sahaja yang baik kita jangan tinggalkan, jangan lupakan. Amalkan di mana kamu dicampak. Sebenarnya madrasah bukan saja-saja dibuat, tapi sebenarnya madrasah tu lah tempat kita sediakan bekalan untuk ke tahap yang seterusnya. Tahap sekarang ni lah, di mana kamu yang beruntung sudah dipilih oleh Allah untuk belajar di perantauan dan ditarbiyah di sini. Ingat, kita dihantar bukan setakat nak penuhkan ilmu di minda, tapi juga nak penuhkan siraman rohani ke dalam hati kita. Memang harapan madrasah nak melahirkan pewaris-pewaris agama yang akan menyambung tanggungjawab mereka dan meluaskan lagi dakwah dan tarbiyah, bukan ke itu perkara yang mulia? Jadi kalau ada teguran tu, jangan la rasa dikawal dikongkong. Madrasah hantar lepas tu bukan lepas tangan, mereka sentiasa mengambil berat seperti anak-anak mereka sendiri. Mungkin kita tak tahu, tapi siapa tahu mereka tak tidur malam sebab risau anak-anak yang mereka hantar kan? Hargailah pengorbanan mereka. Eh aku macam tersasar je dari tajuk haha. 

Basic tu adalah mutabaah amal kita. Bagaimana kita hidupkan biah solehah dalam RI kita ? Bagaimana kita istiqamah untuk berjemaah solat, jangan tinggalkan zikir mathurat, amalan surah al mulk sebelum tidur, makan mengikut sunnah dalam talam, dan yang penting dalam RI ni ada dakwah, ada ukkhuwah. Ukkhuwah ke laut sebab apa? tu tepuk dada! Ukhhuwah tunggang langgang sebab iman di hati tak mantap. Kalau tak tinggal mutabaah amal, iman naik. kalau iman naik, ukkhuwah pun erat. Kalau ukhhuwah pun renggang, nak tegur pun pusing-pusing. Satu rumah dah tawaf, tak jugak tegur. Huhu. 

Wa'tasimu bihablillah. Dan berpegang teguhlah dengan tali agama Allah. Tetap lah beri peringatan sebab nasihat itu salah satu hak sesama muslim. Dalam surah al -asr pun Allah dah jelaskan. Ada 4 kunci utama dalam surah ni yang kalau kita pegang, inshaAllah dah cukup bagus tu. 
Yang pertama adalah iman, diikuti dengan amal soleh. Perasan tak kenapa dalam ayat Al-quran iman selalu dikaitkan dengan amal soleh?? sebab iman itu lah bukti kita buat amal soleh. Amal soleh itulah yang meningkatkan iman. Kemudian, dah buat amal soleh tingkatkan keimanan, saling berpesanlah pada kebenaran dan kesabaran. Beringat selalu untuk perkara yang benar dan saling mengingatkan sesama diri untuk bersabar setiap masa. 


So, nak kata kat sini selalu lah syukur dengan nikmat dan even bila Allah bagi musibah pun kena syukur, sebab tak semua orang ada masa dekat dengan Allah kecuali di waktu susah. kan? 
Dan jangan pernah tinggalkan yang asas sebab itu lah tunjang yang mengukuhkan keimanan dan ukkhuwah kita. 

Ada satu analogi. Dalam kapal ada dua tingkat. Kalau orang bawah tu buat lubang, kapal akan tenggelam kan? So, macam mana nak buat kapal tu tak tenggelam? Haa, kena la pergi cakap kat orang bawah jangan buat lubang, nanti kita tenggelam! Haa sama lah macam dalam kehidupan sebenar, kalau kita biarkan sahabat kita tu dalam kesalahan dia, maka kita akan sama-sama lemas . Tapi kalau kita tegur dengan hikmah, beri nasihat dan beri dorongan untuk mereka berubah, inshaAllah hidup jadi mudah. Tanggungjawab orang yang dekat atas tu adalah tanggungjawab bersama, kalau tak ada sorang pun yang ada kesedaran, tenggelam lah.

Kebahagiaan itu bukan sesuatu yang dicari tapi ia adalah hasil daripada sikap kita sendiri.
kena yakin dan doa kepada Allah untuk setiap perkara. 

"Sesungguhnya seorang sahabat itu adalah orang yang sedih dengan kesalahan sahabatnya, 
bukan orang yang mentertawakannya" - Ustaz Ali- 

InshaAllah semoga bermanfaat. 
Ingatkan diri saya juga andai khilaf. 
teruslah istiqamah jaga benda basic. jaga iman, jaga ukkhuwah.
syukur selalu
Tajdid niat, ingat wajah mak ayah , wajah ustaz dan mama, wajah-wajah ummah 
yang menanti kepulangan kalian! 

Pemuda itu harapan ummah. 
Jadi jangan lah mengecewakan mereka. 
Hamasah as syabab! 

Well, apa pun orang nak kata tentang madrasah, 
tentang UIN, tentang belajar agama ke, tentang sistem ke.
Rasa lah dulu. dekati orang-orang yang berkaitan. 
Jangan main cakap, tapi tak tahu apa yang sebenar berlaku. 
Percayalah apa yang Allah dah tentukan tu, inshaAllah yang terbaik.
Rezeki jangan risau, Allah adalah seperti sangkaan hambaNya, jadi
bersangka baiklah! 
aman tanpa perang yeah! 


Wednesday, 6 April 2016

Jaulah : Ziarah Makam wali Indonesia

Assalamualaikum
saja nak share pengalaman kami jaulah ke makam-makam wali di Indonesia
Mula-mula dua tiga nak pergi sebab bukan senang nak dapat izin mak ayah ni,
princess of family kan. kalau prince tu senang je lepas. kan?
Bila fikir balik, ishh rugi ni kalau tak ikut, bukan senang nak dapat peluang macam ni,
ada orang guide, orang yang aturkan trip. kalau sendiri rancang belum tentu jadi. haha

Trip ke makam wali 8
25 -27 Mac 2106

Pagi tu kami berkumpul depan kampus, depan bangunan "twin tower" yang tersergam indah. cehh.
Haha biasalah tu janji melayu, tapi sini janji indo :D
Pengangkutan kami cuma 1 jetbus yg boleh muat hampir 60 orang.
kami anak Malaysia cuma 9 orang, ngam je 3 baris. makasih Mas Makin xpisahkan kami .
Dah semua sampai kami diketuai oleh Mas Makin, ketua rombongan ziarah ni ,
baca doa sebelum berangkat.

Makam Sunan Ampel, Surabaya
Ni makam yang first, ada di Surabaya, dalam setengah jam mungkin dari UIN sunan ampel.
Sebab makam ni dah pernah pergi, jadi tak eksaited sangat. sebab among all the grave, yang ni paling tua dan paling panas hehe sebab tak terlindung dari matahari. Makam yang ni kami tak masuk, duduk luar je sedekah al fatihah cukup la .. Dekat sini memang sesak sangat sebab hari 25 mac ni cuti umum dan apa lagi memang ramai ler orang nak ziarah makam. Boleh lihat sendiri kalau tak dapat bayangkan hehe. Macam-macam jenis dan peringkat umur yang datang. Ada dengan keluarga, dengan kawan-kawan, dengan rombongan sekolah, pesantren (pondok), persatuan-persatuan tertentu dan rombongan UIN (kami ler tu).

Makam Sunan Giri, Gresik
Ni makam yang kedua. Bila tengok entrance makam ni, Subhanallah, ni tempat makam ke?
macam tempat bersejarah. Memang lah kan? haha Kami berhenti kat tempat parkir bas. Nak ke makam kena guna either dokar (kereta kuda) atau ojek (motosikal) . Mestilah kami pilih dokar, best tau first time naik kereta kuda. Jauh la sikit dari tempat parkir tu, bayarnya cuma 5rb sebab kami berlima. Sharing is caring kan. Sini pun ramai sangat, Sesak jugak. Kena naik tangga untuk ke makam. Dah sampai , makam ni baru lah kami "join" tahlil mereka. sedekah alfatihah itu cukup la, yang selebihnya untuk diri sendiri. Ziarah jugak tapi tajdid balik niat, apa saja yang perlu untuk ziarah makam. Kena cari makan jugak lepas ziarah sebab ada dua lagi makam nak di ziarah .Setiap makam kan, luar nya akan ada tempat jual ole-ole, so jangan risau la. Tak susah cari ole-ole. Hehe.  Makam sunan Maulana Malik Ibrahim gresik jugak tapi kami skip sebab tempatnya sangat jauh.

Makam Sunan Drajat, Lamongan
Makam ni dekat ja dengan parkir bas. So tak perlu guna apa-apa transport lagi. Makam ni unik jugak sebab satu-satunya makam yang ada musuem khusus makam sunan Drajat. Mini musuem je la yg memaparkan barang-barang seramik, ada buku, ada al-quran zaman dulu and banyak lagi. Nak katanya kan, sepanjang ziarah semua makam ni, tak sah kalau tak ada pengamen (pengemis), kadang-kadang mereka berbaris sepanjang jalan tu. Tapi kan, kawan kata bagus tak payah bagi sebab takut kalau kita bagi seorang, yang lain nak jugak, melainkan kita memang nak bagi semua. Bukan apa, salah seorang kawan dah kena kejar sebab yang lain nak jugak. Haa, tapi tak pa la dia selamat dan jadikan pengajaran :) Mungkin kita boleh sedekah kat tempat lain. Ada juga pengamen budak-budak yang nyanyi atau dia minta sedekah tapi ayat dia berirama.

Makam Sunan Bonang, Tuban
Bila sampai kat tempat parkir bas, keluar je terus ada bapak tu ambik gambar kami candid tuh! Saya terkejut kot berapa kali entah dia snap dengan flash, amboi rasa artis pulak. Haha. Ni tau sangat dah ni, dia memang akan edit gambar kita pastu nanti dah nak balik, mereka jual kat kita. Nasib gambar candid saya "okay" so saya beli je la, 5rb jugak. Lepas tu kena naik beca nak ke makam. Aaa, I miss this moment cause I love the view. Pemandangan jalan yang tarnya bagus, banyakkk beca dan waktu senja. Bila dah sampai nampak sebuah masjid yang besar dan cantik. feeling di Makkah bak kata salah seorang rakan. Serius cantik . Jadi rombongan bergambar beramai-ramai, lepas tu solat, baru ziarah makam. Lepas ziarah makam boleh lah cari makan dan mandi bersihkan diri. Yang bestnya, kat sana ada sedia tau tempat mandi, tapi bayar la, 3rb je oh my .. murah sangat. Nak cari makan, mungkin sebab tempat wisata (pelancongan) jadi agak mahal la, tapi sebenarnya masih murah dibanding di Malaysia haha. Nak balik kena naik beca jugak, dan jumpa lah bapak tadi tu jual gambar. next...

Penginapan di gunung Muria, Kudus
Perjalanan agak jauh dalam 2 jam lebih kalau tak silap. Semua orang dah letih dan mengantuk dan tidur. Hehe, Dalam bas kan, ada dua tv. yang kurang senangnya bila mereka bukak lagu dangdut. Hmm masih tak faham kenapa pemuda sini suka sangat dengan dangdut even ada je banyak lagi lagu yang modern . Kalau buka lagu afghan ke rossa ke, boleh lagi terima. Haha, sabar je la ya budaya mungkin. Dah semua tidur tv pun tutup. Saya terbangun sebab tiba-tiba rasa macam "eh aircond dimatikan ke?" . Lepas tu tengok luar Allah mak creepy nya. ada rumah-rumah besar tapi tak berpenghuni. tiba-tiba bas berhenti. Mas Makin kata "Doakan kita selamat sampai ya" . Bas pun terus berjalan lagi. Lepas tu kawan sebelah kata "eh, perasan tak. ni rumah yang kita lalu tadi la. kenapa tak jumpa jalan masuk lagi?" Oh my, baik aku sambung tidur daripada fikir bukan-bukan. tapi ada je orang lain lalu. maksudnya tak la sesat cuma confius mungkin tak ada lampu. Alhamdulillah lastly kami sampai jugak kat tempat penginapan. don't expect too much dear! Ingatkan villa, rupanya rumah biasa je, kecil dan Allahu campur pulak tu. tapi still dipisahkan la lelaki dan perempuan cuma campur satu rumah. Hmm nak tak nak kena la ikut kan. takpa tetap jaga aurat, sampai ni semua dah penat jadi memang semua orang terus tidur. Alhamdulillah dapat jugak lena walaupun tidur duduk je, sebab kaki panjang sangat haha kesian orang depan. Bila tengok pemandangan kat luar rumah waktu pagi tu, subhanallah cantiknyaaa. Nampak la pemandangan Gunung Muria mungkin. suasana sejuk sebab lepas hujan.

Makam Sunan Muria, Kudus
Haa, transport nak ke makam ni cuma ada satu je, ojek. Haa kami lebih memilih untuk jalan kaki sahaja sebab ada je jalan untuk jalan kaki tapiiii kena kuat la, sebab naik tangga. Hihi tangga bukan 10, tapi 1000 naik turun. Tangga bukan macam biasa ada tile, tapi tangga batu-batu , lepas hujan kan basah, licin pulak, makam atas bukit, jadi memang tangga tu ada yang curam ada yang biasa. walaweh adventure sangat. Tapi kat sini nampak la ukkhuwah kami hidup. Tengok kawan xlarat, stop kejap. jalan licin we hold hands sebab takut jatuh. Lastly, alhamdulillah sampai jugak. sampai-sampai nasib jumpa student lelaki yang dari rombongan yang sama. so, kami sama-sama lah masuk. Haa rupanya baru nak mula jugak tahlil, so kami tak la lambat kan walaupun jalan kaki . Hihi tapi ada hikmahnya jugak kami mengelak nak membonceng bapak ojek sebab ada kawan yang kata dia takut sebab naik ojek , bayangkan naik motorsikal naik kawasan berbukit, haa mau tak jatuh jantung kan. Lepas ke makam, kami pun turun balik. Eh turun pun sakit jugak, cabaran jugak masih licin. sepanjang tangga tu sebenarnya ada ja orang jual ole-ole. tiba-tiba terfikir, eh macam mana mereka ni setiap hari naik tempat ni Allahu. Dalam keadaan tangga tinggi berbukit tu, boleh jugak mereka guna motorsikal. This is really amazing. Tu la orang sini macam selagi boleh , cuba! Haa. Tapi amaran awal, kalau ada sakit, asma ke tak payah naik ya. Melainkan sanggup guna ojek. hee. eh lupa nak kata tangga ni ada mitos. setiap orang yang naik tak kan dapat kira jumlah anak tangga yang sama.

Makam Sunan Kudus, Kudus
Makam ni tak jauh dari makam sunan muria. Bila sampai orang macam penat, pening terutama kami yang belum sarapan tadi naik turun tangga. Transport ke makam ada angkot (van), land (macam lori) dan beca. tapi waktu kami sampai tak banyak beca so kena lah guna angkot. Allahu berpadat lah kat situ. Hari panas huhu berpadat tu sampai kaki terkeluar dari van kot. hee tapi tak apa, orang sini toleransi kuat, tak kan langgar punya. Dah sampai makam tu, kenapa rasa macam creepy jugak. Rasa seolah-olah baru ada kematian. tapi sebenarnya tak ada pun, sama je. Makam ni biasa je, tapi pintu gerbang dia macam ukiran Hindu la. Lepas tu balik lagi guna beca. kesian lah kat bapak-bapak beca ni, bekerja tengah hari panas. Huhu. Kalau ada duit lebih, bagi la extra sikit walaupun dia kata 20rb je.

Makam Sunan Kalijaga Demak
Haa makam ni, sampai je kena solat dulu sebab dah masuk waktu kan. Lepas tu baru singgah makam. Tempat ni tak la sesak sangat tapi lumayan lah. Haha. Kat sini tetiba jumpa budak sama maahad. Baru perasan sebenarnya banyak ja rombongan yang sama dari makam sunan ampel tadi, bas-bas yang sama jugak lah. mungkin mereka trip yang sama jugak. Makam ni pun tempat ole-ole nya wuuh panjanggg . Kena keluar nak cari makan. Waktu tu  saya dengan seorang kawan lagi, berdua je. Waktu makan kan, ada 4 orang jaga kami haha takut kami sesat mungkin. Mas-mas sama rombongan tu tunggu sampai kami habis makan, baru gerak sama ke bas. Hari sangat panas, so memang dah penat jugak la. next adalah Jogja, yang paling ditunggu!

Malioboro, Jogjakarta
Dah malam, kami sampai kat parkir bas. nak ke Malioboro (pasar ole-ole) , dalam 2 km. Kalau percaya bapak beca tu cakap 2km, aku naik beca tau -.-' . Jauh kot. tapi tak pa. bila dah sampai, wah sesak jugak. tapi meriah . sepanjang jalan tu ada je kedai ole-ole. tapi masalahnya kami lapar dan tak jumpa kedai makan. Haha bila dah nak give up nak cari kedai makan guna beca, last-last bapak beca tunjukkan kedai makan, lah dekatnya -.- haha. Allah uji kesabaran sebab dah penat dan lapar. lepas makan cepat-cepat beli ole-ole sebab masa terhad. nak ke tempat penginapan ada dalam sejam lagi. Sedihnya tinggalkan jogja dalam masa 2 jam je singgah sini. till we meet again k?

Jabalkat, Klaten & Makam Sunan Bayat
Sampai tempat penginapan. sekeliling tempat parkir bas tu kedai ole-ole jugak, bukak sampai tengah malam kot. tapi kami tak kisah, sebab dalam minda nak mandi dan tidur. haa rumah ni pun dua kali lima, dan kesiannya lelaki tidok luaq. haha. Ada akak pesan, bercampur jangan melebur! Tetap kena jaga aurat dan ikhtilat. Jangan sesekali abaikan walaupun keadaan macam tu. Alhamdulillah mereka bagus, tak jadi apa-apa pun. Tapi lain kali, kalau plan tu kalau boleh asingkan lebih selesa. Kalau sampai malam, memang tak perasan lah suasana sekeliling kecuali kedai-kedai. Rupanya boleh nampak tempat makam atas bukit dari tempat parkir bas. So, kami pun naiklah , naik tangga lagi. tapi tangga ni okay lagi, tak adventure sangat. Dah sampai, kami bergambar untuk kali yang terakhir. Sebab ni adalah makam yang terakhir kami ziarah. Makam ni pun rasa macam betul-betul tahlil orang baru meninggal , mungkin sebab masih awal pagi sunyi lagi. Haa, makam ni banyak gerbang, dan gerbang-gerbang nya ada nama tersendiri tau.

Pasar Kelewer, Solo.
Ni tempat terakhir kami, sebelum pulang ke Surabaya. Ni pun tempat ole-ole jugak, murah kat sini, ada banyak batik, kain pelikat, baju kebaya dan banyak lagi lah. Tapi kami tak berminat, jadi kami singgah PGS je, tah apa nama penuh mall tu. tak la mall sangat tapi banyak jual pakaian, beg and so on. Dah tengok baju-baju tu baru tahu sekarang ni tempat tu nama solo rupanya haha. Sampai-sampai tau pasar tu je, tak tahu pun nama daerahnya. Solo. Lastly, kami berhenti kat tempat makan dan solat, Jatim. Waktu ni je kami makan buffet. bareng-bareng (sama-sama). Lepas tu, kami pun berangkat pulang ke surabaya. sampai agak lewat malam.

Allah panjang, hehe sorry kalau cerita pengalaman ni tangan tak dapat berhenti typing tau. penat tapi pengalaman memang best! kami cuma ziarah 7 makam sunan wali, 1 makam sunan Bayat dan 2 pasar ole-ole. Ukkhuwah kami makin erat. kawan-kawan indo pun dah kenal kami dan sangat caring. layanan mereka first class terhadap kami anak Malaysia ni. terutama keselamatan. Lepas tu, nampak la ramai pengamen kan, kesian tengok. Nak bagi pun serba salah. Kesian jugak tengok bapak-bapak beca yang megayuh tengah hari panas. Bersykurlah dengan apa yang kita ada sekarang kan. Bersyukur sebab kita diberi kehidupan yang senang. Jangan takut nak berbagi rezeki, bukan akan habis malah akan bertambah! Walaupun bukan sesama ikhwah akhawat, ikhtilat tetap kena jaga. Kalau kita layan, orang pun akan layan kita, tak gitu? Hihi. Akhlak tu penting jugak, kena jaga. Orang sini tinggi adab nya. Apalagi bahasa jawa yang penuh sopan santun tu. Rugi la kalau tak explore tempat orang kan belajar budaya dan adat mereka. mungkin ada yang bertawasul kat makam tu, tapi sebenarnya kubur bukan lah tempat kita minta hajat. boleh je bertawasul kat mana-mana , sebab Allah tu kan Maha Mendegar isi hati setiap hambaNya. Ikut jugak tapi jangan lemas dalam adat yang mungkin bertentangan, sama jugak macam di Malaysia kan. Dekat mana-mana pun pasti ada adat yang unik tapi kena waspada la. tajdid niat balik.

By the way, nak ucapkan terima kasih kat kawan sebab promote rihlah ni, dan terima kasih jugak kat mak sebab bagi izin. hihi. dan terima kasih jugak buat Mas Makin, Mas Muhammad dan Mbak Nisa yang lead kami punya rombongan rihlah wali 8 ni. sangat berbaloi sebab mereka cuma minta 225k rupiah sahaja untuk trip tu. murah sangat. terima kasih Allah bagi peluang berharga ni, dapat macam-macam pengalaman, dan mungkin dapat banyak juga ibrah, menguji iman dan sabar. Hehe.
Ramai yang dah bfg kata, rugi tau kalau korang tak explore tempat orang ni sebelum balik ke tanah air. So, mak pak izinkanlah anakmu ini merantau mejelajah negeri orang agar bertambah matang, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, banyak kenalan, bertambah ilmu dan yang penting boleh bawak ole-ole hihihi . InshaAllah mana pun kita pergi, Allah sentiasa ada, dekat lagi tu. hii

Dah, sekian saja sharing saya.
semoga bertemu lagi di sharing tempat lain mungkin? inshaAllah amiin!

Rombongan UIN sunan ampel Surabaya  




                                                                           Dokar

Senarai Wali Songo Indonesia 



Gunung Muria 

                                                    

Friday, 29 January 2016

Madrasah Rasulullah

Assalamualaikum.
Rasa terpanggil untuk kongsikan apa yang telah saya terima.
Tapi.. mungkin berbeza dari apa yang disampaikan , sebab saya tulis
mengikut isi penting yang saya boleh tangkap dan olahan daripada
ilmu yang ada di minda . -peace-

Ada empat isi penting dalam madrasah Rasulullah , inshaAllah
kalau korang follow lillahi taa'la, boleh jadi individu muslim yang baik.

AKIDAH
Akidah ni sangat penting, sebab akidah lah yang menentukan pegangan kita
apa yang kita sembah, kita taat pada siapa, adakah Allah atau sebaliknya.
Dan akidah ni perlu diasah setiap waktu supaya tak lalai, biasalah
zaman semakin moden, syaitan pun moden juga tau! Eh.
Kita tahu bahawa akidah kita adalah islam, akidah orang islam hanya satu,
mentauhidkan Allah. Mungkin kita tak buat syirik, tapi amalan-amalan taghut
(baca: menjauhkan kita dari ingat Allah) itu sangat bahaya.
Okay, contoh simple yang saya selalu kena kat madrasah dulu :
Kalau azan dah bunyi, adakah anda terus duduk depan tv, pegang hp atau segera
ambil wudhu' dan solat? Allahu, tepuk dada, tanyalah iman anda.
Dari situ je kita boleh nampak kita meletakkan Allah yang pertama atau tidak.
Peringatan untuk tangan yang menaip juga. Andai leka, tegurlah.

PRINSIP-PRINSIP ISLAM
Okay yang ini penting juga, sebagai seorang muslim, kita memang dah tahu
apa rukun islam, rukun iman, hukum hakam dalam islam, yang halal dan haram.
Semua tu penting sebab semua tu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Setiap hari kita makan dan minum, berbelanja jadi kita kena ada ilmu tentang
halal dan haram. Setiap hari kita solat, baca quran dan kita kena tahu kenapa kita
buat semua tu. Arahan Allah, atau sekadar buat? atau buat sebab nak dekatkan diri
dengan Allah sekaligus upgrade iman kita. kan? Dalam hidup mesti ada kepercayaan.
kepercayaan terhadap apa? Allah, Rasul, Kitab, Hari Akhir, Malaikat yang sentiasa
buat kerja dan percaya takdir Allah. Bila kita buat apa Allah suruh, kita percaya
kuasa Allah dan kita hindar apa yang boleh mendorong kepada maksiat,
inshaAllah kita akan sentiasa dilindungi di bawah lembayung rahmat Allah.

UKHUWAH
Yang ini juga penting. Tak ada orang yang suka hidup bersendirian di dunia, hatta dia sakit
kemurungan sekalipun, jauh di sudut hati lumrah manusia memerlukan teman selain keluarganya.
Dalam dunia ni banyak manusia , jadi kita kena lah berinteraksi sesama manusia.
Dan dalam AlQuran ada sebut 'sesungguhnya muslim itu bersaudara' . Saudara?
Ya lah saudara seagama, persaudaraan yang ikatannya terjalin kerana keimanan yang
ada dalam hati masing-masing, ikatan yang terjalin kerana ingin sama-sama taat
perintah Allah. Subhanallah, hebat kan peranan ukhuwah ni. Jadi, update lah niat anda
berukhuwah dengan orang lain. Dan ukhuwah ni bukan antara sahabat sahaja tau, tapi
ukhuwah tu antara masyarakat dengan masyarakat, rakyat dengan pemimpin, kita dengan keluarga
besar kita. Luas persaudaraan ini sebenarnya, sebab kita sama dari manusia pertama , iaitu
Nabi Adam & Hawa. Ukhuwah Islamiyah ini penting sebab dari ikatan yang kuat ini lah
kerja-kerja dan amal-amal kita berjalan lancar . Beramal jamaie selaras dengan ukhuwah yang
terbina . Panjang pulak kan kalau pasal ukhuwah. Hihi. Ukhuwah ni mengajar kita untuk aplikasikan
akhlak mulia seperti sentiasa berhusnudzon, berlapang dada dan itsar. Jika ikatan ukhuwah
berlandaskan keimanan yang sebenar, inshaAllah proses tarbiyah itu mudah hadam.



JIHAD
Jihad adalah salah satu mujahadah ( baca: pengorbanan) dalam hidup. Allah anjur muslim
untuk sentiasa berjihad. Jangan salah faham, jihad bukan hanya di medan perang tau.
Tapi jihad ada banyak dan paling penting sebelum tu kita kena niat kerana Allah.
Bermusafir menuntut ilmu juga adalah sebahagian daripada jihad, melahirkan anak juga jihad,
dan yang paling berat adalah jihad melawan nafsu. Manusia ni memang tak lari dari nafsu, sama ada baik atau buruk, tapi yang selalunya buruk lah.
"Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit dari jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya .." ( Imam Al-Ghazali )
Haa, kan. Infiru! Berangkatlah kamu baik dengan rasa berat atau rasa ringan, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu. Yang demikian itu amatlah baik bagimu, jika kamu mengetahui" at taubah : 41
InshaAllah kalau kita aplikasikan jihad ni, hidup kita akan jadi lebih disiplin dalam redha Ilahi. Aiwah!

Panjang juga, ingat nak buat ringkas. takpa yang penting orang faham kan.
InshaAllah sampaikan sebab tak nak amalkan sorang-sorang. jom lah amalkan sesame :D
Luruskan niat, amalkan sikit-sikit, asalkan istiqomah.
semoga jadi bekalan untuk terus perbaiki diri. Keep calm and stay istiqomah.
Apa yang aku tulis, Allah mesti uji. Jadi, doakan aku untuk istiqomah jugak .


Sebenarnya ini disampaikan khas untuk bekalan budak-budak yang belajar luar negara,
bekalan untuk mereka yang hidup berdikari, tanpa pengawasan murabbi,
untuk tarbiyah dzatiyah juga. Semoga semakin matang dan sedia menerima fikrah islam
sebagai panduan hidupmu kawan-kawan. :)
Salam jumuah mubarak! peace be upon you~

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...